Saturday 12 January 2013

Suka Pendam

Assalamualaikum



Assignmentsss yang melambak, lab report yang menggunung, tests yang berduyun. Fuhhh jadi food tech student memang mencabar but...

lately ni aku rasa aku dah lain do.. haaa??? Tak tau kenapa ?? Tak tau nak mengadu kat siapa. Lagipun aku ni jenis suka pendam sendiri lagi-lagi kalau benda tu menyedihkan. Aku tahu kalau kita pendam lama-lama sampai jadi pekasam, memang makan diri sendiri tapi nak buat macam mana?? Kekadang masa lepas solat, aku nangis, depan orang lain, aku gelak macam orang gila, macam orang happy-go-lucky je. Sungguh aku rasa emosi aku tak berapa nak stabil sekarang ni. Ya Allah kenapa dengan hamba-Mu ni??

Ya Allah jadikanlah diriku setabah Sumayyah, secekal Zinnirah, sehalus pekerti Rabiatul Adawiyah, semulia Khadijah, sepintar Aisyah, setaat Assiah dan seharum pusara Masyitah ;)

al-Insyirah ayat penenang jiwa. Thank you ya Allah for this love letter :')

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?

(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(6) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).







teeeeeeettttttt emo gila entry ni.. air masin dah bertakung overload dan mula melimpah hingga ke ladang gandum.. 
Wake up Athirah ! YoU'RE A STRONG GIRL :')

Monday 7 January 2013

UiTM Intelligence Challenge Series

Assalamualaikum


Aku terjoin program ni atas dasar kasihan dan kemanusiaan yang tinggi si RABITAH metot sorang ni. Ada akak senior jengah dia kat bilik and pujuk-pujuk masuk mende alah ni, terus dia pun kata OKAY.. Maka aku ni antara mangsa keadaan jugak lah kan..


Pendaftaran secara mengejut wooo but it's okay, semua dah ikhlaskan diri. Tapi dalam hati takut ni tengok group komander, group ladang sebab dorang mesti laju gila.. Pergh and ada checkpoints and aku punya dari tangki air ---> masuk hutan ---> pi LT. Route aku agak senang sebab dalam hutan redup, lari je la. Aku pun dah pernah masuk hutan tu (pergh bajet)  tapi bila jawab soalan..


Soalannya bebunyik begini...

1. Berapa benua kat dunia dan NAMAKAN.... (geografi weh.. )
2. World cup amende tah
3. Paus terbesar
4. Nama angkasawan negara (ni je aku jawab dengan yakin sambil sengih-sengih
TAPI aku kena penalti sebab soalan gila nombor 1 tu... gggrrr


Ehem yang tak sangka tu, kitorang dapat 2nd place. Ahaks sangat membanggakan, terharu semua ada la. Dah la first time masuk, alih-alih menang? Eheh sengih kambing je la kan.. WELL DONE TEAMMATES !




Thursday 3 January 2013

HAPPY NEW YEAR 2013

Assalamualaikum








Haaaa tahun baru sudah. Celebrate di mana? I-City? Pfttt takdo tompek lain ko? Ekau tau dok area Seksyen 7 tu doh makin sarat lagi padat? Depan umoh den pon boleh sosak. Siap ada hon-hon bagai tu.. Eh menyirap la den. Merata la orang sambut tahun baru masihi dengan meriahnya. Tapi takde pulak yang buat solat hajat sempena tahun baru kan?? Kalau ada, alhamdulillah. Tapi masa maal hijrah, sangatlah ber-ala-kadar. Hmm people nowadays.. Azam baharu sempena tahun baharu?? Azam lepas dah berjaya? Hmm krik krik sentap den. Anugerah Dekan tu azam aku lama aku. Yang baharu ?? 



1. Nak ikut time time table yang comellote untuk jadi pelajar cemerlang. Aamiin
2. Nak rajin jogging so badan jadi fit aka kurus
3. Tak nak balik selalu nanti tak belajar kat rumah
4. Nak jadi aktif, kumpul kupon bebanyak, join aktiviti selarat mungkin, gain experience, masuk hutan, camping.
5. Nak cari kawan bebanyak. Orang kata, berkawan biar beribu. Kannn




And use this as a guidance. AisyahShakirahyouareamazing. Peace ;)

p/s: Tahukah anda, entry ini ditulis dengan menggunakan wifi UiTM yang selama ni aku pandang dengan sebelah mata ala-ala Pirates of the Carribean? Percayalah walaupun aku macam tak berapa nak percaya wifi dah makin laju.