Saturday 27 April 2013

KEM PERDANA KESATRIA NEGARA II PART 3

Assalamualaikum

DAY 3

Takde apa yang boleh dibuat. Masing-masing dengan hal masing-masing kot. Entah. Agaknya la. Tapi best part masa dapat main air. Hoho aku memang suka main air. Suka sesangat-sangatnya. Tapi hampa air terjun belakang kem tu cetek je pun. Takde apa yang boleh dibanggakan sangat pun. Nak kata jernih boleh la kot. Entah masa syok-syok tu, boleh pulak tergelincir lantas terduduk atas batu dalam air. Aku jadi basah serta-merta ditambah pulak dengan kengkawan yang baik hati menambahkan basah yang ada. Well, great !









Gamaknya komander-komander tu memang takde keje. Hah tu komander Izzat pakat dengan komander Kimi. Habis semua yang lalu kat situ disimbah air macam perang air kononnya. Aku ingat aku boleh terlepas, malangnya, ada komander terlampau prihatin menyeru anak buahnya menyimbah aku sekali. 

Hah tu yang belakang sekali tu, Athirah tak basah.

Hah jutaan terima kasih kepada komander Solah. Berkat seruannya, aku turut basah kuyup ruyup senasib dengan yang lain. Spec aku turut berembun..



With Ayah Omar yang super duper sporting.



With Pak Abu ayahanda prihatin. Terharu bila Pak Abu beria-ia nak goreng telur dadar sebab aku tak boleh makan ayam. :')


With platun HBU 121 PART 2



With uhuk uhuk.. adoi elok je gambar ni diambil tak payah crop-crop. Mulut ALYAA aka ALYUUQQ aka Mak JENON tu memang masin. Nah kasi meletop ! (~.~) 



Penat kot. Baru je duduk dalam bas, sumbat earphone, aku dah masuk alam mimpi.
.
.
Say bye bye to Kem Sri Pilah Senaling. A camp to remember. Such a sweet memory. Gonna miss this. Sobs.

Kk bai



Friday 26 April 2013

KEM PERDANA KESATRIA NEGARA II PART 2

Assalamualaikum.. 


Disebabkan aku rasa macam banyak sangat nak compile semuanya dalam satu entry, maka wujudlah part seterusnya.


DAY 2 

JUNGLE TREKKING




 Bergambo tak kira di mana saja


Adventurous sesangat. Suka gila ! Yang tak tahannya kitorang di posisi tengah jadi ke belakang terus gara-gara tersalah jalan. Yang lain ikut shortcut, kitorang ikut longcut. Niceeee.. Habih jugak air yang dibawa. Haaa @'ALYAA NAJIHAH aku mention kau ni haaa. Air kau kan. 100 plus pun kau punya. Senget benget punya komander Solah kata aku mandrem dari sem lepas. Sem lepas mamee, sem ni 100 plus. Samarinda sangat. Ketuk kang, pendek permanent. Haiyo aura kejam dah keluar.

Gah finally selepas beberapa jam bergelut dalam hutan, baru dengar bunyi air terun. Ingat macam ala-ala Niagara Falls ke sebab dah macam tinggi sangat je mendaki tak habih-habih. Ghupanyaaa alahai comel sangat air terjunnya.. 



 Ulat gonggok saiz gajah. Gabak besar. Terkejut mak.



Dah eksaited jumpa air, ada pacat ngorat pulak. Aahh gatal punya pacat jantan. Dia minat kat Alya woi.


Rasa macam tak berbaloi pun ada.  Mendaki bagai nak rak pinggan semua berjam-jam, jumpa air terjun dalam setengah jam, pastu balik tempat kem. Perasaan macam hampa.

Balik tempat kem je, kebuluran melanda, melantak, berebut bilik air. Ye fasiliti toilet tak memuaskan. Bilangan kaum Hawa lebih ramai, maka toilet kaum Adam turut menjadi sasaran. Yolah berapa kerat jo budak lelaki oi. 'HAK TOILET HAK KAMI', kata bebudak lelaki.



Petang tu, buat lomang. Pak Abu ajar. Awesome selama ni aku tengok je, kali ni aku buat okay. Adalah satu batang buluh tu. Lama-lama fed up sebab apa entah, pass kat orang lain pulak. Saya memang budak bertuah. Dah la hujan, memang montah la lomang-lomang tu. Sampai 2 hari membakonya. Hujan lebat kemain. 





Menu makan malam camping paling meriah aku rasa. BBQ, complete weh. Aku baham ikan je la




Malam kebudayaan la kononnya. Tu group aku. Baru je nyanyi berapa baris lagu SAHABAT, hujan lebat turun membasahi kami.  Rahmat sangat kot suara kitorang tu. Terima kasih jugak dekat komander Kimi sebab pinjamkan phone dia yang ada lirik lagu tu. Kalau tak mau bunyi krik krik je kitorang bertujuh.

 Hikmahnya, kitorang tak perlu nak masuk dalam 'KOLAM PERINDU' yang bagi aku macam kolam puaka sebab banyak kes jenayah dah kolam tu buat. Terselamat gara-gara hujan lebat. Yang lain tu patutnya berterima kasih jugak kat kitorang ni haa. Ahaks.


Malangnya, hujan turun macam tak nak berhenti. Khemah bocor, banjir. Ditambah pulak dengan bunyi petikan gitar dan suara gemersik bak buluh perindu komander-komander tersayang tu. Makin lebat disertai ribut dan kilat sabung-menyabung. Kay tu tipu. 

Krisis pulak dengan budak ladang sebab ada benda apa entah yang hilang, then nak jugak suruh cari dalam hujan tu. Adoi apalah malang sangat. Mata aku yang sepet dah semakin menyepet. Akhirnya, dalam sibuk-sibuk deal dengan dorang, orang lain dah serbu surau, siap-siap nak beradu. Kitorang beradu kat pondok je dengan Pak Abu. Ada la dalam lima orang tidur meringkuk menahan sejuk kat pondok buruk yang serba kayu tu. Menyesal tak bawa sweater. Dalam sejuk tu, mata berat, tertidur mimpi full episode jugak.


Tuesday 23 April 2013

KEM PERDANA KESATRIA NEGARA II PART 1

Assalamualaikum


Fuhhh habuk tebai doploh inci naa. Gara-gara kesuntukan masa dan malas tahap tera. Namun, atas permintaan rakandaku yang terchenta, maka nah...

PRESENT TO YOU..
KEM PERDANA KESATRIA NEGARA II


Alkisahnya, kitorang sebagai budak hbu wajib pi kem ni. Tarikh keramat 8,9,10 Mac 2013, first time aku join perkhemahan. Seriously, nampak je macam kasar tapi kem pun tak pernah pi.. Poodaaa..  

Haaa tu nampak KEM SRI PILAH SENALING. Aku yang tak berapa nak tau ni mula-mula ingat dekat area Melaka, ghupanya alaaaa Negeri Sembilan jugakk. Padahal dah terang tang tang nama Pilah tersergam indah noks.. Baru ingat nak tido dalam bas. Aku ni dah la pantang naik bas, mesti nak terlelap.


DAY 1

NIGHT WALK





So masa first time sampai tu, aku terkezuts sesangat. Ku pikir kawasan kem tu besar la boleh buat campfire, alih-alih comelote je alahai.





Sesi memasang khemah.




Masalah teknikal, dinner lambat, roti kosong pun habis disebat. Nasib baik Gardenia, sesuai dengan trademarknya. 


So first night lepas melantak tu, kitorang gerak untuk night walk pulak. Sumpah jauh. Apa komander-komander tu dendam dengan kitorang ke hapa. Haiyo start 1.30 pagi, habis dalam  pukul 5 pagi. Sahur pun ngam tu. Patutnya setiap orang bergerak secara individu dengan bertemankan lilin seconet yang takde sumbu tu, jalan sensorang kay. Tapi logiknya dengan kitorang yang 80 lebih ni, memang takkan jadi realiti la kan. Lama okayy nak tunggu turn, kitorang dah berkarok dalam hutan tu, dari nasyid sampailah ke jiwang 90-an. Maka end up every pair gerak and masing-masing pegang lilin. Heh kejadahnya, aku gerak bukan pair je, dah ber-pair-pair aku rasa. Nasib laa..

Boleh pulak ada yang kononnya nak menakutkan dengan suara halus padahal besar macam shrek. Terang-terangan suara lelaki. Adoi komander failed la. Ada jugak yang sampai tertidur kat semak-semak tu. Heh gilo ke apo? Tempat macam tu pun boleh?

Dah habis tu, sempat jugak buat campfire kecil-kecilan guna daun kering sambil salai stoking basah yang harum mewangi bak Downy fresh, gelak guling-guling, ghupa-ghupanya sebelah kitorang tu KUBUR.. krikkrik


Sunday 7 April 2013

Roti Canai Day

Assalamualaikum


Entah apa mimpi si ayah Omar tetibe nak datang kolej siap bawa roti canai. Mujur aku bangun awal pagi tu. Mihmih. Ingatkan datang nak hantar roti canai je, eh eh satu happy family rupanya. Ada macik, Azhar, Aiman dengan si comellote Auni. Wee comel sangat ! Roti canai pulak macam seisi anjung boleh makan sekali. Nasib baik kitorang ni pelahap yang ada empat perut. Roti canai kosong, roti telur, roti boom, roti sardin semua clean and clear. Ohsem alhamdulillah kekenyangan di pagi Ahad yang indah permai tu.



Auni comellote. Teringat taska.


Heh Daus pun bangun awal la jugak pagi tu. Takut kempunan roti canai. Takut aku tinggalkan kuah roti canai je.


Jeng jeng jeng Madam Baizura pun tertumpang sekaki



With Aiman anak ayah Omar


Erk tetibe la kan ada pak cik paling tinggi. Hmm


Bye bye ingat dorang nak lepak sampai malam ke? Okay dorang nak singgah Ulu Bendul sebenarnya.

 As conclusion, thanks a lot to ayah Omar and his family because of their kesudian melawat anak-anak UiTM yang stress dengan final exam ni.

Terima kasih daun keladi,
 lain kali datang lagi, 
bawa roti canai lagi. 
Ihiks