Sunday 30 December 2012

AZAB TONSIL

Assalamualaikum


Mak aih lamanya tak membebel panjang-panjang.. tup tup keluar entry tonsil?? Apakah?? Motif?? Cuma nak cakap, aku pernah ada tonsil. Tu je. Maybe ada yang pernah dengar, tapi tak tahu amende alah tu kan? Google je secara percuma dengan menggunakan wifi jiran anda. Hah. Senang cerita la kan, based on my own experience, tonsil tu memang menyakitkan tahap petala kelapan. Sakit wooooooo. Simile dia macam sakit bagai dihiris pisau pembunuh upahan yang tajam gila bapak tu. 




Obviously ni bukan mulut aku. Ni gambar ihsan si google.


Sepanjang cuti krismas seminggu tu, aku dah jadi macam orang bisu yang hanya mampu menggunakan bahasa isyarat. Serius ni. Aku nak telan air liur pun perit nak mampos, apatah lagi nak makan, minum, dan bercakap. Kalau nak menyanyi, pergi mimpi je la. 




Like A Boss. I've done that and tengok-tengok ada simptom kanser. What the??


Nak ambik gambar tekak guna phone, macam 'genius' je bunyinya. Aku pun dengan bijaksnya amik torchlight buat gaya ala-ala doctor bertauliah, pergi cermin and say AAAAAAAA... Memang sah tekak aku bengkak lagi merah temah oi. Bila aku google ghupanya aku ada tonsil. Teruk betul la kan, patutnya pergi jumpa doctor dulu, tapi aku? Aku google dulu, dah 5 hari, tu pun setelah dipaksa oleh mak aku, baru pergi klinik. Aku pun dah agak apa yang doctor nak cakap lepas check aku. Woooo bajet..
Ngam-ngam seminggu, ubat antibiotik pun habis, aku dah jadi normal balik. Ahhhhhh azab aku dah lepas. Tup tup kawan aku si ANIS pulak kena penyakit sama. Dah macam main bluetooth pulak dah tonsil bernanah ni... Kami dah kena. Anda bila lagi? wkwkwkwkwkw





 Ni la muka muda-mudi yang sihat riang-ria-raya. Kalau tak, dah macam cekodok penyek jahh...




Friday 7 December 2012

HAI HAI SEM 2

Assalamualaikum


Huh dah berabad jugak tak membebel kat blog terchenta ni. Ahaks.. Well I'm glad that my housemates are totally better, and cool compared to last sem.. Kak Imani my roommate yang macam budak part 2, padahal dah part 4, microbians lagi taukk.. Anis kepoh dengan Nana kepala gila, tiga serangkai dulu serumah. Atiqah kecik dengan Kak Adel pun kitorang seghumah lagi weyyy. Nasib la kepala ting tong masuk air satu ghumah, memey meghiah deh. Masa tulis blog ni pun tengah dok gelak sakan guling-guling sambil dorang layan drama PASTA ! 

Guess what? Aku tak nangis pun masa nak daftar hari tu. Weheee compared to last sem yang aku boleh banjirkan Kuala Pilah ni. Eh? Ngee


Macam biasa la kalau first week ni memang kelas lopong-lopong je bak kata senior-senior otai aku ni. Lecturer takde, lab takde, mood nak study pun takde lagi. Belum sampai seru. Kononnya, cakap je lah kau malash. Then, first time masuk kelas organic chem and biochem? Pergh memang menguji mental tahap gaban. Mana taknya, kelas berturut-turut dari pukul 8 sampai 12. Memang hari kimia sedunia la ni. Kepala aku dah macam berbintang-bintang ada buruj lagi kot. Haih nasib baik faham la jugok walaupun lambat sikit loading macam pakai wifi UiTM..




 aku akan cuba sedaya-upaya untuk konsisten! 



STUDY SMART HARDLY


Ya Allah kuatkanlah semangat aku untuk menghadapi semester ni dan mendapat Anugerah Dekan. Aamiin 



Hah lagi satu kes aku pergi kelas pakai skirt pun jadi isu. Lawak je classmate aku ni. Kecoh nau. Tahu la aku nampak kasar and selalu cakap lepas je. Memang aku tak berapa reti nak berskirt-skirt ni. Nasib baik colour purple tapi kalau aku pakai hot pink mahu ada yang berdarah gelakkan aku tak ingat donia, tepuk-tepuk tangan macam singa laut ke. Well kalau mak tau ni, sejuk perut mak macam ada air-cond gitu. Cehh


HBU, aku masih kesatria sejati. Ke sebab ada ehemm....?? No comment -__- Yang lain sibuk sangat nak ambik family management. Pergh pergi perjumpaan siap pakai baju kurung dah macam perempuan melayu terakhir kott. Aku pulak gelakkan dorang ! Bhahaha. Btw best do masuk kesat! Aku tak sabar gila bila dengar dorang kata nak masuk hutan lagi, camping, belajar ikhtiar hidup.. Wowowowowowowowow nampak tak ke-excited-an aku. Ho yeah fighting Athirah! You can do it !  





tu je. kbai