Friday 26 April 2013

KEM PERDANA KESATRIA NEGARA II PART 2

Assalamualaikum.. 


Disebabkan aku rasa macam banyak sangat nak compile semuanya dalam satu entry, maka wujudlah part seterusnya.


DAY 2 

JUNGLE TREKKING




 Bergambo tak kira di mana saja


Adventurous sesangat. Suka gila ! Yang tak tahannya kitorang di posisi tengah jadi ke belakang terus gara-gara tersalah jalan. Yang lain ikut shortcut, kitorang ikut longcut. Niceeee.. Habih jugak air yang dibawa. Haaa @'ALYAA NAJIHAH aku mention kau ni haaa. Air kau kan. 100 plus pun kau punya. Senget benget punya komander Solah kata aku mandrem dari sem lepas. Sem lepas mamee, sem ni 100 plus. Samarinda sangat. Ketuk kang, pendek permanent. Haiyo aura kejam dah keluar.

Gah finally selepas beberapa jam bergelut dalam hutan, baru dengar bunyi air terun. Ingat macam ala-ala Niagara Falls ke sebab dah macam tinggi sangat je mendaki tak habih-habih. Ghupanyaaa alahai comel sangat air terjunnya.. 



 Ulat gonggok saiz gajah. Gabak besar. Terkejut mak.



Dah eksaited jumpa air, ada pacat ngorat pulak. Aahh gatal punya pacat jantan. Dia minat kat Alya woi.


Rasa macam tak berbaloi pun ada.  Mendaki bagai nak rak pinggan semua berjam-jam, jumpa air terjun dalam setengah jam, pastu balik tempat kem. Perasaan macam hampa.

Balik tempat kem je, kebuluran melanda, melantak, berebut bilik air. Ye fasiliti toilet tak memuaskan. Bilangan kaum Hawa lebih ramai, maka toilet kaum Adam turut menjadi sasaran. Yolah berapa kerat jo budak lelaki oi. 'HAK TOILET HAK KAMI', kata bebudak lelaki.



Petang tu, buat lomang. Pak Abu ajar. Awesome selama ni aku tengok je, kali ni aku buat okay. Adalah satu batang buluh tu. Lama-lama fed up sebab apa entah, pass kat orang lain pulak. Saya memang budak bertuah. Dah la hujan, memang montah la lomang-lomang tu. Sampai 2 hari membakonya. Hujan lebat kemain. 





Menu makan malam camping paling meriah aku rasa. BBQ, complete weh. Aku baham ikan je la




Malam kebudayaan la kononnya. Tu group aku. Baru je nyanyi berapa baris lagu SAHABAT, hujan lebat turun membasahi kami.  Rahmat sangat kot suara kitorang tu. Terima kasih jugak dekat komander Kimi sebab pinjamkan phone dia yang ada lirik lagu tu. Kalau tak mau bunyi krik krik je kitorang bertujuh.

 Hikmahnya, kitorang tak perlu nak masuk dalam 'KOLAM PERINDU' yang bagi aku macam kolam puaka sebab banyak kes jenayah dah kolam tu buat. Terselamat gara-gara hujan lebat. Yang lain tu patutnya berterima kasih jugak kat kitorang ni haa. Ahaks.


Malangnya, hujan turun macam tak nak berhenti. Khemah bocor, banjir. Ditambah pulak dengan bunyi petikan gitar dan suara gemersik bak buluh perindu komander-komander tersayang tu. Makin lebat disertai ribut dan kilat sabung-menyabung. Kay tu tipu. 

Krisis pulak dengan budak ladang sebab ada benda apa entah yang hilang, then nak jugak suruh cari dalam hujan tu. Adoi apalah malang sangat. Mata aku yang sepet dah semakin menyepet. Akhirnya, dalam sibuk-sibuk deal dengan dorang, orang lain dah serbu surau, siap-siap nak beradu. Kitorang beradu kat pondok je dengan Pak Abu. Ada la dalam lima orang tidur meringkuk menahan sejuk kat pondok buruk yang serba kayu tu. Menyesal tak bawa sweater. Dalam sejuk tu, mata berat, tertidur mimpi full episode jugak.


No comments:

Post a Comment