Saturday 31 August 2013

Family Day Food Tech 2013

Assalamualaikum

Yeah family day ! First time rupanya food tech buat. Sebelum ni dinner jer. And aku jadi biro keselamatan. Haha siapa yang kenal aku mesti akan cakap
"Muka kau je mesti biro keselamatan"
Nak buat cemana. Rezeki bidan terjun. Memang kebanyakannya aku jadi bidan terjun je. Last minute punya kerja. Eyyy bidan-bidan pun kena amanah jugak..

Macam wrong timing pun ada sebab buat event ni 31 Ogos sah-sah ramai balik and memang betul seperi yang dijangka. Nasib baik yang ada pun sporting and happening. Kalau tak cengkerik je yang memeriahkan suasana agaknya tapi bukan salah ajk nak jadi semua ni. Very unexpected plan.


Senam aerobik duluan di pagi hari


Miss Sabrina and Kak Wawa the president of FTS. 


Biro Keselamatan yang banyak main daripada buat kerja. Ish ish ish



Sporting habis la dengan madam-madam sekali berbedak.


Dah boleh agak kemenangan milik siapa kan. Adil hebat. Mujur takde yang tercekik kalau tak kitorang yang kelam-kabut.


Kuyup ruyup siapa yang pegang kain batik tu.



Jumbo got dizzy huh. Pening lalat jugak kau mash !


Bonus bagi member yang tinggi, tangan panjang, kaki panjang.


Main belon air di tengah panas sangat best ! Sangatt.


Musical chair yang dahsyat. Bersungguh-sungguh.


Menang la tu kan kalau dah angkat tangan gaya yahoo tu.

Basically, group ada empat; rendang ayam, capati, dim sum and chicken chop. Overall rendang ayam yang menang.. Grrr aku group dim sum sebab tu tak puas hati. Eleh setakat main-main je.. Have fun sudah. Yang penting tugas aku settle sudah


Sunday 25 August 2013

Debat Piala Rektor

Assalamulaikum


Sekali lagi dengan paksarelanya aku masuk benda-benda pelik yang aku sendiri tak pernah terfikir nak masuk. DEBAT BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN. Kalau setakat pantun, tu macam benda biasala kot tapi ni debat. Gilo. Ni gara-gara nak mewakili Food Tech la ni. Boleh bayangkan tak, dengan pengalaman kitorang berempat yang zero and tak tau apa-apa pasal debat then, perasaan cuak melimpah hingga ke ladang gandum.

Nak dijadikan cerita, aku ada gambaran sikit bila senior Food Tech kitorang, Asyraf merangkap bekas presiden kelab debat ni sudi nak guide kitorang pada malam sebelum hari kejadian. Membantu la jugak kot.
Aku jadi 1st speaker merangkap Perdana Menteri atau Ketua Pembangkang. 1st round memang percubaan yang menyeramkan.

1st round : Kerajaan, Dewan ini akan memperuntukkan dana khas kepada NGO alam sekitar
2nd round: Pembangkang, Bahasa Melayu sudah mampu menjadi bahasa ilmu dunia
3d round: Kerajaan, Penurunan harga kereta membantutkan pengangkutan awam


Paling parah masa 2nd round sebab kena lawan dengan Royal Debaters. Tambah pulak ada Azam YDP MPP. Walaupun muka habis toya kawal cuak tapi dalam hati.....mati la kitorang kena belasah. Masa 3rd round, juri alumni dari Shah Alam rupanya presiden kelab debat UiTM Se-Malaysia. Masa 1st round ada Sir Shahrimi lecturer food tech yang mengajar kitorang. Ketaq lutut cheq.

Result dia? Mestilah kalah. Dekat 2nd round pun aku dah separuh hati je. Apapun, that was an unexpected experience yang aku akan ingat sampai bila-bila. At least aku ada ilmu sikit pasal debat. Sikit sangat.

Orang kata debat ni bukan semula jadi tapi boleh diasah melalui latihan. Yes tapi bukan aku.


Asyraf Afiq aka Syarfa Fiqa ala-ala Syafa Aqira (glamour katanya), Athirah (me), Rabitah, Aiman Tasneem, Nur Rabha. Geng Debat untuk Sehari :)


Friday 23 August 2013

#StudentLife

Assalamualaikum


Selamat hari raya. Aku dah terlampau lambat rasanya sebab ni dah 16 Syawal. Tapi takpe it's too mainstream kalau nak ucap selamat hari raya pada malam raya or raya pertama, so aku pilih la 16 Syawal. 
#LawakHambardiPagiHari

Tak best langsung raya tahun ni. Raya keempat dah balik Pilah. Never imagined this to happen. Rasa macam aaaaaaaaaaaaaaaaaa tak aci, U lain sambung lagi seminggu, buat open houese, gathering... aku dah bertapa kat Pilah serba hutan ni. Tambah pulak dengan test yg berderet tak terdaya rasanya nak hadap semua tu. Double test you know. Before raya and after raya. Now baru settle test CHM, 2 test basic nutrition, CSC and quizzes. Next, debat piala rektor, test food microbe+presentation, food engine+presentation, CTU, business week, family day, food product development then final just around the corner. Meeting sana sini selagi program belum jadi.. And tak campur lagi lab report dengan assignment BEL yang kena edit apa-apa nanti. Semoga aku terus diberi kekuatan. Kalau sem lepas, aku rasa dah cukup kelam-kabut, sem ni LAGI LA.


Exactly. 24 hours a day is not enough because we got lots of things to be settled.


Doa aku, semoga Allah permudahkan segala urusanku, pinjamkanlah aku sedikit kekuatan untuk menghadapi semua ni dan semoga aku tidak lalai dalam tanggungjawabku sebagai khalifah-Mu kerana urusan dunia. Semoga aku dapat membanggakan kedua ibu bapaku atas kejayaanku. Amiin.