Sunday 25 August 2013

Debat Piala Rektor

Assalamulaikum


Sekali lagi dengan paksarelanya aku masuk benda-benda pelik yang aku sendiri tak pernah terfikir nak masuk. DEBAT BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN. Kalau setakat pantun, tu macam benda biasala kot tapi ni debat. Gilo. Ni gara-gara nak mewakili Food Tech la ni. Boleh bayangkan tak, dengan pengalaman kitorang berempat yang zero and tak tau apa-apa pasal debat then, perasaan cuak melimpah hingga ke ladang gandum.

Nak dijadikan cerita, aku ada gambaran sikit bila senior Food Tech kitorang, Asyraf merangkap bekas presiden kelab debat ni sudi nak guide kitorang pada malam sebelum hari kejadian. Membantu la jugak kot.
Aku jadi 1st speaker merangkap Perdana Menteri atau Ketua Pembangkang. 1st round memang percubaan yang menyeramkan.

1st round : Kerajaan, Dewan ini akan memperuntukkan dana khas kepada NGO alam sekitar
2nd round: Pembangkang, Bahasa Melayu sudah mampu menjadi bahasa ilmu dunia
3d round: Kerajaan, Penurunan harga kereta membantutkan pengangkutan awam


Paling parah masa 2nd round sebab kena lawan dengan Royal Debaters. Tambah pulak ada Azam YDP MPP. Walaupun muka habis toya kawal cuak tapi dalam hati.....mati la kitorang kena belasah. Masa 3rd round, juri alumni dari Shah Alam rupanya presiden kelab debat UiTM Se-Malaysia. Masa 1st round ada Sir Shahrimi lecturer food tech yang mengajar kitorang. Ketaq lutut cheq.

Result dia? Mestilah kalah. Dekat 2nd round pun aku dah separuh hati je. Apapun, that was an unexpected experience yang aku akan ingat sampai bila-bila. At least aku ada ilmu sikit pasal debat. Sikit sangat.

Orang kata debat ni bukan semula jadi tapi boleh diasah melalui latihan. Yes tapi bukan aku.


Asyraf Afiq aka Syarfa Fiqa ala-ala Syafa Aqira (glamour katanya), Athirah (me), Rabitah, Aiman Tasneem, Nur Rabha. Geng Debat untuk Sehari :)


No comments:

Post a Comment