Thursday 16 May 2013

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum


Second time dapat merasa dihargai sebagai guru. Actually cikgu taska je pun. 



Ramai kan anak aku. Blerghh



Dua beradik ni buah hati aku. Ahmad and Baem. xoxo



Sweet kan??



Chocolate cheese cake yaww



Err ni apa nama entah. Tak berapa nak gemar dengan aising dia..

...



Terima kasih cikgu ! Allah saja yang mampu membalas jasa kalian.

Cc : Tadika Islam Al-Hidayah, SKS 17, SKS 7, SMKS 7, UiTM Kuala Pilah


Saturday 11 May 2013

Study Conference Era 2013 By Gen Y

Assalamualaikum


Atas permintaan @ALYAA NAJIHAH aka mak jenon, nah aku buat entry ni seperti yang engkau kehendaki. 

Betapa malangnya budak food tech part 2 masa tu. Two papers in a day. 
Correction: TWO KILLER PAPERS THAT MIGHT KILL US WHILE ANSWERING ; 
PAGI GILA DENGAN CALCULUS, PETANG MERENG DENGAN MICROBE.

Aduhai apa lah nasib. Kisah ini terjadi sebaik sahaja paper BEL habis. Semua duk ngadap facebook and tercetuslah idea belajar di alam maya sambil bersosial. Ye la nama pun social network. Deyy apa yang aku merapu.

Gaya macam dah habis final kan?? Penat aku layan kegilaan Faradzilabacillus dgnAlyaanococcus memalam ni. #MIC #MAT tu nak campak mana? Bawah katil?


Ni kalau madam Baizura nampak, beliau mesti kagum tengok cara anak muridnya belajar sambil online. #Ehh







Hmm kak @FARADZILA juga turut terbabit. Maka begitulah kisahnya tiga dara merapik di malam hari. Anyway cara ni bagus untuk belajar. Kira macam forum alam maya. Cenggituuww hampeh.. 


Friday 10 May 2013

Result Sem 2

Assalamualaikum

Tarikh keramat 9 MEI untuk bebudak UiTM sudah tiba. Lagi-lagi untuk budak dip macam aku ni haaa... Cuak, nervous, takut menghantui aku. Nasib baik aku kerja, so takde la macam gilo kat umah tu. Kengkawan yang lain dah duk text :

Macam mana result?
Korang! Dah check? So dean?

Heh memandangkan aku kerja so malam tu baru aku check. Dah baca Yassin apa semua, doa yang terbaik untuk result, semoga aku reda atas keputusan yang bakal aku dapat.

On laptop, login student portal, TERBUNTANG mata aku yang sepet bak Baek Ahyeon ni. Biar betik? Kerabunan melampau ke apa ni? Alhamdulillah berkat usaha dan doa, aku dapat seperti yang aku minta. Alhamdulillah nak menangis pun ada tapi control je dulu..

BCM 201
Huih lega aku. Tak sangka banyak soalan past year yang keluar. NASIB BAIK buat la jugak. Thank you Madam Iwana 

BEL 260
Untung sem ni, ada banyak presentation, buat muka tembok besar China je aku buat presentation mengarut meraban. Thank you Madam Amalia Qistina

CHM 270
As known as Organic Chemistry, OC. Seriau aku dengan killer subject ni. Hadoi nasib baik la alhamdulillah. Dapat pulak sir yang sporting la jugak merangkap 'abang terpisah', sir copi, kononnya muka aku sama macam sir.. -_- Thank you Sir Saufi

CTU 151
Err dah la test macam apa je, assignment pun ala kadar nak tak nak je buat. Heh syukran ya Ustazah Maysarah

HBU 121
Sampai hati ayah Omar tak bagi A+ kan.. Dah la saya yang volunteer buat lawang hari tu. Muka tembok ni jugak yang keluar ke depan. Haih tapi nasib baik A dengan A+ tu sama je. Terima kasih ayah Omar

MAT 138
Calculus yang naik sesak otak aku. Nasib baik takde calculus II pulak lepas ni kalau tak meraung aku. Thank you Madam Azni

MIC 125
Microbe ! Suka gila-gila dengan microbe ! Tapi rezeki biasa-biasa je. Soalan masa tu aku jawab macam.. adoi tak tau nak cakap apa but anyway thank you Madam Baizura

Conclusionnya, result sem 2 much better than last sem. Alhamdulillah sebab senior kata biasanya short sem ni result merudum terjunam but alhamdulillah bebudak kelas aku ramai je yang dean and at least meningkat dari sem lepas. Maybe faktor lecturer yang baik lagi bermurah hati kot. Mihmih.


Apa pun, sem depan kena tingkatkan prestasi,
kurangkan kontroversi, dan
berdiri di atas kaki sendiri.

Monday 6 May 2013

PRU 13 paling hangat dan mendebarkan

Assalamualaikum



Seingat aku, inilah PRU yang paling hangat dan penuh debaran. Cehh gitu padahal... Cakap je la yang kau tu tak ambik tahu and tak paham apa-apa pun pasal politik sebab masih mentah lap-lap hingus lagi. Tapi sangat mengejutkan aku dan terselit jugak kekaguman bila terdengar budak kat taska yang dalam lingkungan 8 ke 10 tahun mampu bercakap mengenai politik. PRU, BN. PR, BEBAS. Wow mungkin pengaruh program MANDAT kat TV3, atau BHarian, atau parents dorang pun dok bercakap pasal tu je kat rumah.



Aku gelak genguling baca benda ni. Alangkah bagus kalau semua dialog tu benar belaka. 

Apa pun kali ni, BN yang menguasai pemerintahan.
Selamat memerintah dengan adil dan saksama. Lima tahun akan datang, PRU 14 giliran aku dan konco-konco pulak bakal membuang undi.



Saturday 4 May 2013

Cuti sem yang bermanfaat

Assalamualaikum



Ceh title bajet bagus. Tapi betul la aku rasa terisi sangat cuti panjang ni. Selain part time taska yang dah macam rumah kedua aku tu, banyak jugak buku yang aku berjaya khatamkan. Macam tak percaya je uolls. Memang banyak keluhan aku dengar bila cuti panjang ni tak tahu nak buat apa. Bosan, busan, boshan, bored, mati kutu, mati bapak kutu dan sebagainya. Nasib baik aku ada kerja, buku dan makanan. Ahaks makanan tu tak tinggal.



Merpati dua sejoli, sama comel sama padan. Heh memandai je aku nak kenen-kenenkan bebudak ni. Okay meet Raihanah Hanini and Ibrahim aka Baim nama manjanya. Dedua manja sebenarnya. 

Raihanah yang ala-ala anak cina dipanggil Amoi. Bila aku cakap GWIYOMI dia pun tiru buat gaya comel. Tapi dia tau buat satu dengan lima jari je. Tak kisah la tapi comel sesangat. Lagi satu, dia suka nyanyi sensorang. Tak lain tak bukan lagu letchum letchum letchum ulala. Sakit jugak telinga aku bila dia nyanyi jerit-jerit. Then, One, Two, Threeee... run and hugs. Okay tu pun dia suka buat kat aku. Peluk tak nak sekali gamaknya. 

Baim wong ensem tu gila manja sesangat. Nak dapat adik baru tak lama lagi kot. Pantang nampak aku, mesti nak melekat je. Dia akan gigit, cubit dan sepak kalau ada budak lain dekat and duduk atas riba aku. So beware with Baim. Nasib baik la comel tahap arnab. Suka tengok dia gelak.






Ho yeah berjaya habiskan semua buku ni. Masa cuti je la dapat merasa enjoy buku-buku macam ni. Naik sem ni, jangan harap nak baca, nak pandang pun belum tentu dapat sebab kabur je dengan bayangan lab reports, tests, assignments dan sebagainya. Nasib baik baucar buku dah habis beli semua ni, kalau tak memang aku serbu je PWTC tu dengan ghairahnya. 

Buku dan diriku ibarat isi dengan kuku. 


Aiseymen..


Pernah berangan dapat barang hantaran berupa buku dan makanan. Ahhh tu pun dah cukup rasanya bagi aku. 


Hailaaaa..


Wednesday 1 May 2013

Minat terbaharu : Corak Tribal

Assalamualaikum


Entah sejak bila aku jadi minat sikit dengan benda feminin keperempuanan ni. Dah sampai seru kot. Mihmih. Bermula dengan skirt, blaus, HELLO KITTY then now berjinak-jinak merpati dengan selendang pulak.. Hmm bertambah gila kalau aku ternampak corak tribal. Memang trend sekarang kot. Bersepah-sepak corak macam tu.. 



HK everywhere. Giloss. See nasib baik aku 'berkerjaya' buat masa ni, kalau tidak kering mak aku nak layan aku beli mende alah ni.


Walau bagaimanapun tudung bawal tetap di hati. Gituwww


Oh ye Selamat Hari Pekerja kepada saya juga. kihkih