Friday 26 October 2012

PERSAK 2012


Assalamualaikum


PERSAK? nate apo tuh? PERTANDINGAN JALAN LASAK okay. Masa mula-mula dengar, aku macam eee siapa yang nak masuk? tak kuasa ah aku? dah la lagi seminggu nak raya. kang tak pasal... I was so negative about it. But then, weh rugi la kau tak masuk PERSAK. Best gila do. EXPERIENCE!! (tak habis-habis dengan experience kau ni)



First aktiviti besar yang aku join untuk first semester ni. Macam mana boleh tergerak hati? Entah? Tetibe je you know.. Tetibe je pulak ada geng aku nak masuk jugak, si NAZIHAH.. Aku pun apa lagi JOOOMMM !!! dah la bagi nama kat pak abu pakai letak atas meja je.. Ye pak abu tak ada kat bilik masa tu.. Tup-tup malam tu terus ada perjumpaan untuk PERSAK.. Konon-konon nak adventure la, tak nak la setakat biro makanan, tak ada thrill. Puih.




Sekali masuk BIRO KESELAMATAN. Hah ambik kau. Komander HAIDHAR pulak cakap,''Kita ni macam hero masa hari kejadian nanti, kerja kita paling mencabar''.... pergh Athirah, kau biar betul ni. Camping pun tak pernah, ni nak masuk hutan, konon jadi hero? Aneh sungguh mana datang keberanian pun aku tak tau. Yang kelakarnya, housemate aku si ATIQAH pun join jugak. Haha bukan main lagi yop. Sebelum tu, dia pun tegar memboikot PERSAK ni, alih-alih jadi biro terus.. Kau pun sama je tiera oi ~




Latihan kecergasan aka fitness, tak salah aku tiga hari berturut-turut kot. Eh? Lepas kelas BEL, dengan semangatnya kitorang berkumpul kat admin, sit up, tekan tubi, PT10, lari bagai satu kolej.. Terkejut muscle iolls. Then mula la.. sakit kaki la, perut la, pinggang la. Gewdikss jew kan.. Tapi lepas tu, cewah tak kisah dah lari jauh-jauh. Maintain je. Haha. Then sempat jugak belajar first aid. Basic je macam yang aku belajar masa PBSM dulu. Thanks to komander IMRAN. At least, ilmu tu fresh lagi..




Petang Jumaat , 10/08/12 hari kejadian, check masuk hutan lagi. Sebelum tu kitorang dah buat track, pakai tabur kertas banyak-banyak. Haih nervous.. Malam tu, pukul 9  macam tu, kitorang nak masuk hutan. GELAP GILA.. Dalam kepala hotak ni dah ada macam-macam benda yang tak sepatutnya difikirkan bila nak masuk hutan.. Tapi sempat lagi fikir positif, bulan puasa, semua syaiton kena ikat kan?? :) Aku pun jadi berani la SIKIT. 




ALPHA  --> aku, JO dengan komander ASRIM

BETA   -->  NAZIHAH, AYIE dengan komander ISRAFFIL
CHARLIE -->
DELTA -->
#jangan harap la aku nak ingat semua tu kan. haha



Kitorang nak masuk hutan tapi gaya macam nak pergi berkelah kat tepi pantai yang indah disinari matahari pulak.. Sebabnya, orang lain masuk hutan sepatutnya bawa air tapi kitorang lengkap dengan makanan ringan, keropok jajan bagai. haha. Tak boleh blah kan. JO bawa keropok, dia makan sambil jaga jalan. Bila platun (peserta) lalu, dorang mesti cakap, KAU BOLEH MAKAN LAGI DALAM HUTAN NI??? and trust me, keropok tu habis dalam sekelip mata je. 




Eh aku pun bawa la jugak.. ala setakat MAMEE (favorite) aku dengan oat krunch.. tak selera jugak aku nak makan dalam hutan tu.. Sekali datang si komander SOLAH aka manusia paling besar kat UiTM NS ni.. tinggi okay wa cakap sama lu. komander lain yang gelar dia macam tu, kitorang ikut je. kahkahkah

Sebagai runner, sempat la jugak dia menyemak kat checkpoint aku tu, minta makanan.. Dah dapat makanan, memekak pulak dah macam masa tu siang pulak. Haih. Lantak kome la.. Bila time bergambar tu yang tetibe ada muka komander SOLAH ni. haha. Tak tau gambar-gambar tu kat mana sekarang. Hari tu ada kat FB, lepas tu tak ada dah. Pelik deh. 




Similenya seakan-akan gambar pok cik Google ni la cuma kau bayangkan hutan tu gelap-gulita tanpa sinaran bulan purnama dan hanya ditemani lampu torchlight jenama Energizer -_-


Dalam hutan tu tak lama pun. Buat gempak overdose je bila dorang cakap maybe habis kol 1 or 2 pagi. Ceh baru pukul 11, dah keluar dari hutan. Tak sempat nak takut. Bajet berani je kau, tiera.. Eh dah berani okay.. Tapi serious rasa macam sekejap je..



Lepas tu mula la kumpulkan semua makanan yang dibawa tadi kat padang kawad. Hah memang boleh buat kenduri !! DAHSYAT la korang. Gedebuk banyaknya. si JO melantak lagi. Kononnya buat sahur sekali. Hah pun boleh ~

Sesi bergambar semua !!!!  Klik klik klik.. Maka tamatlah.. Siyez masa tu rasa macam sedih. Macam sedih? Kyaa memang sedih punn. Bila lagi dapat merasa benda ni pun, tak tau lah den. Thank you to all the komanders yang terlibat dengan BIRO KESELAMATAN ni :-


*komander HAIDHAR
*komander ASRIM
*komander SOLAH
*komander ISRAFFIL
*komander FARIS
*komander SAMA ROBITAH
*komander MAISARAH
*komander RAYMA
sorry kalau ada yang tak terlisted.

THANK YOU FOR THIS UNFORGETTABLE EXPERIENCE!! :D




******

Selepas beberapa bulan, baru aku dapat balik gambo-gambo yang asli. Nasib baik kawan aku download semua gambo tu..Gumawo ALYA. Baru la lengkap entry meletop ni. Weee riangnya aku (over)



Ni checkpoint Alpha. Amacam gelap kan? Okay muka der SOLAH masa ni memang tak boleh blah, der ASRIM muka cool la tu konon?? JO kau nampak apa sampai nak terkeluaq biji mata? Yang pompuan tu asal ? Hmm no comment. Muka dia memang nampak bahagia je -___-




Checkpoint Beta. NAZIHAH tegar sungguh pakai face mask tapi yang bestnya dorang makan je kat dalam hutan tu. Tak ingat donia. Der ISRAFFIL punya pasal la tu suh bawak.





Peserta FOOD TECH !! ho yeah



Dah keluar dari hutan, bergambo la apa lagi. Ye dok?



Chill out dulu. Konon penat la tu.. Ke aku je yang tak rasa penat??



Hah bukti ! Nampaaaaakkk taaaaakk makanan yang banyak kat belakang tu?




Stand by, senaaaaaaang diri ! Tunggu turn amik gambo je pun



Keluarga biro



Semangat menjulang nama food tech di persada antarabangsa ! 
*tetibe*



Sokay 4th place pun jadi la en










Eh? Model kita der Zulfikar? 
motif : sesaje, sebagai penutup tirai, dah takde gambo lain


okay tu je :)



7 comments:

  1. miss that moments so much!! BEST!!

    ReplyDelete
  2. rndu giler...!!!!!
    tp,mna jnjinya???
    kata nak blanja kfc...
    komander imran???

    ReplyDelete
  3. tak jumpa lagi beliau sem ni..jom cari beliau,tuntut janji!wuu~

    ReplyDelete
  4. kan rasa mcm NAK LAGI NAK LAGI *gedik*.. janji tak ditepati. huhu sedih

    ReplyDelete
  5. aq trserempak ngan dia byk kali dah...
    tp,segan ar nak tegur...

    ReplyDelete
  6. oh eh. mcm la dia ingat kita. kita ni bkn under biro medic

    ReplyDelete
  7. ntah...
    dalila la kna pi ckp ngan dia...
    dalila???

    ReplyDelete