Wednesday 11 December 2013

10 December

Assalamualaikum


Happy birthday to me.. Hehe 

Thank you for all the wishes and may Allah bless you too. Terima kasih juga untuk titty yang comel, prank tak berapa nak jadi dan air cecalukbudu yang 'mewangikan aku'. Memang nampak macam aku marah tapi hakikatnya aku terharu dan bersyukur ada family macam korang ! Serious sweet kan. Haha

Bersusah payah dorang plan. Dah lama plan rupanya. Aku je yang tak perasan walaupun hampir terkantoi. Slowmlow betul la aku ni. Anyway hadiah pun macam bertemakan HK. Tapi aku suka. Comel okay. Umur 19 tahun tapi entah bila nak matang. Cartoon saja. What to do. Live while we're young bak kata One Direction Do what you like, and love what you do ! .




But one thing yang aku rasa sedih sikit la sikit. Pakcik tu tak wish pun. Tak tau la tak cukup hint ke hape. Haih. But at least aku ada kawan-kawan yang sama-sama ting tong masuk air. Peace yaww






Saturday 7 December 2013

Hello Saya Budak Part 4

Assalamualaikum


Percaya atau pun tidak, sem baru dah mula dua minggu and saya dah part 4! Time flies so fast and furious. Bila dah part 4 ni almaklum saja la lab report akan semakin menimbun. 





Almaklum hidup bujang. Haha.. Kali ni aku berazam bersungguh-sungguh untuk belajar secara konsisten. Sir Hilmi cakap kalau nak senang belajar, baca hari-hari and InsyaAllah melekat kat kepala macam gam gajah! Aku aim untuk grad dengan pointer CGPA at least 3.8. You can do it bebeyh. Semoga Allah permudahkan jalan hidupku.. Amiin :)



Friday 1 November 2013

Result Semester 3

Assalamualaikum


Yeah tarikh keramat yang mendebarkan seluruh warga UiTM. RESULT. Phew cuak gilo taukk. Semester 3 ni aku rasa sangat tough and aku sangat takut kalau pointer jatuh. Tapi memang gedebuk golek-golek jatuh.




Aku siap mimpi-mimpi kot result yang lebih kurang camni sebabnya sebelum tidur aku dah congak lamsam agak-agak aku boleh dapat berapa. Apa pun aku tetap bersyukur sebab masih dalam DL. Masa tengok tu Allah aje yang tau cemana perasaan aku. Macam nak gugur jantung sebab sipi-sipi je. So moral of the story, belajar la secara konsisten baru dapat result gempak. Busy cemana sekali pun, pandai-pandai la bahagi masa. Sehari ada 24 jam.

TERIMA KASIH kepada Lecturers yang saaaaaangat berdedikasi dan sporting !

BEL 311 - MADAM MAZLIYANA ZAINAL ARIFIN
CHM 256 - MADAM SITI MAZLEENA MOHAMED
CSC 134 - MADAM JAMALIAH AHMAD TAIB
CTU 211 - USTAZAH HAJAH MAKIAH TUSARIPAH
FST 209 - MADAM MARDIANA AHAMAD ZABIDI
FST 307 - SIR MOHAMAD SHAHRIMI HASHIM
HBU 131 - MASTER ROHAZID, MASTER OMAR, MASTER JEP
MIC 204 - MISS NURUL HIDAYAH ADENAN

Haa kau nama penuh. Sebab jadi class rep la ni..





Wednesday 11 September 2013

Food Product Development 2013

Assalamualaikum


Another experience here. Yesss ! Bukan apa, aim aku memang selagi aku hidup kat Pilah ni, aku akan kumpul sebanyak-banyaknya memori dan pengalaman yang aku akan kenang-kenang esok lusa. Berguna juga blog ni. Confirm lepas habis diploma kat sini, mesti rindu kedamaian Pilah, kengkawan, pokok, bukit, anjung dan batu besar SM 1.

Kali ni dapat mandat AJK Kebajikan pulak. Well yes first time. Terkejut jugak sebab ingatkan Miss Rohasmizah contact every class rep tapi rupanya aku je. So aku tarik budak kelas aku je la. Senang. Nak skip kelas ramai-ramai sekali-sekala. 

Tradisi kat sini, budak part 3 akan handle Food Product Development yang part 5 buat. Memang aku tabik gila kat senior ni semua. Hebat sesangat! Idea dorang sangat menakjubkan. Kalau la idea ni boleh diketengahkan masuk pasaran.. baru orang nampak sikit budak food tech. Ni tak asyik-asyik medic, engineering.. Cliche. (ni opinion aku je). Siapa yang dekan part 5 ni aku tabik spring la. Apa tak nya busy semedang tak cukup tanah kot. Independent study dengan ent pun nak kena buat jugak. Wuuuuu bersediakah aku nak jadi budak part 5 ni? Ketaq lutut cheq.. Part 3 ni pun dah separuh nyawa nak mati. 



Miss Rohasmizah selaku penasihat briefing apa entah.


Hish siapa curi tepung aku ni ??!!! Memang nak kena buat korban orang ni.. Grrr


Mende kau buat ni? Tak cantik. Kasi colour kuning sikit warna diraja.

 

Juara kita ! FUMI TOFU ! Tak sempat nak rasa dah habis dah. Sedap sangat tu la pasai.


Second place ! PARSLEY EDIBLE FILM. Senang cerita maggi la tapi ada modified tinggal letak air pannas je. Tak payah nak koyak-koyak plastik perisa tu.


Third place ! COCONYA ! Siyez sedap topping dia. Sumpah tak tipu. Main dorang kat roti tu sebenarnya. Dorang guna hampas kelapa tapi still rasa sedap sangatt !!!


Our fair and lovely judges: Sir Shahrimi, Madam Mardiana, Miss Sabrina and Madam Baizura. Whoa the expertssss yawww


Sedap sangat la tu kan sir. Dah slurp slurp macam Aaron Aziz hah. Komander tu bermonolog di dalam hati.


Ye jemput minum semua. Jangan malu jangan segan. Ada air effermint jerr. Kelas sangat kau jahh. 


Madam faham explaination saya? Saya kena nampak professional sebab kamera depan saya ni. Hehe


Biro tugas-tugas khas yang santai di bawah kipas. Dorang punya kerja yang kasi update semua markah sambil bergurau-senda bergambar bagai. Percayalah.


Biro multimedia yang banyak berjasa. Kalau tak, takde muka aku.



Si tembam yang memonopoli dengan tembikainya.


Master of the ceremony: Rabitah and Fatin! 


Posing ayu ye kau pengarah projek! Well done Aneem. Sangat dedikasi walaupun first time handle.

And the best part is, Miss Sab and other lecturers komen FPD kali ni paling well organized walaupun ada 20 group yang bersamaan lebih kurang 100 orang. Overall lancar. Yesss well done classmeto !

Mari cari idea untuk FPD 2014!





Saturday 31 August 2013

Family Day Food Tech 2013

Assalamualaikum

Yeah family day ! First time rupanya food tech buat. Sebelum ni dinner jer. And aku jadi biro keselamatan. Haha siapa yang kenal aku mesti akan cakap
"Muka kau je mesti biro keselamatan"
Nak buat cemana. Rezeki bidan terjun. Memang kebanyakannya aku jadi bidan terjun je. Last minute punya kerja. Eyyy bidan-bidan pun kena amanah jugak..

Macam wrong timing pun ada sebab buat event ni 31 Ogos sah-sah ramai balik and memang betul seperi yang dijangka. Nasib baik yang ada pun sporting and happening. Kalau tak cengkerik je yang memeriahkan suasana agaknya tapi bukan salah ajk nak jadi semua ni. Very unexpected plan.


Senam aerobik duluan di pagi hari


Miss Sabrina and Kak Wawa the president of FTS. 


Biro Keselamatan yang banyak main daripada buat kerja. Ish ish ish



Sporting habis la dengan madam-madam sekali berbedak.


Dah boleh agak kemenangan milik siapa kan. Adil hebat. Mujur takde yang tercekik kalau tak kitorang yang kelam-kabut.


Kuyup ruyup siapa yang pegang kain batik tu.



Jumbo got dizzy huh. Pening lalat jugak kau mash !


Bonus bagi member yang tinggi, tangan panjang, kaki panjang.


Main belon air di tengah panas sangat best ! Sangatt.


Musical chair yang dahsyat. Bersungguh-sungguh.


Menang la tu kan kalau dah angkat tangan gaya yahoo tu.

Basically, group ada empat; rendang ayam, capati, dim sum and chicken chop. Overall rendang ayam yang menang.. Grrr aku group dim sum sebab tu tak puas hati. Eleh setakat main-main je.. Have fun sudah. Yang penting tugas aku settle sudah


Sunday 25 August 2013

Debat Piala Rektor

Assalamulaikum


Sekali lagi dengan paksarelanya aku masuk benda-benda pelik yang aku sendiri tak pernah terfikir nak masuk. DEBAT BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN. Kalau setakat pantun, tu macam benda biasala kot tapi ni debat. Gilo. Ni gara-gara nak mewakili Food Tech la ni. Boleh bayangkan tak, dengan pengalaman kitorang berempat yang zero and tak tau apa-apa pasal debat then, perasaan cuak melimpah hingga ke ladang gandum.

Nak dijadikan cerita, aku ada gambaran sikit bila senior Food Tech kitorang, Asyraf merangkap bekas presiden kelab debat ni sudi nak guide kitorang pada malam sebelum hari kejadian. Membantu la jugak kot.
Aku jadi 1st speaker merangkap Perdana Menteri atau Ketua Pembangkang. 1st round memang percubaan yang menyeramkan.

1st round : Kerajaan, Dewan ini akan memperuntukkan dana khas kepada NGO alam sekitar
2nd round: Pembangkang, Bahasa Melayu sudah mampu menjadi bahasa ilmu dunia
3d round: Kerajaan, Penurunan harga kereta membantutkan pengangkutan awam


Paling parah masa 2nd round sebab kena lawan dengan Royal Debaters. Tambah pulak ada Azam YDP MPP. Walaupun muka habis toya kawal cuak tapi dalam hati.....mati la kitorang kena belasah. Masa 3rd round, juri alumni dari Shah Alam rupanya presiden kelab debat UiTM Se-Malaysia. Masa 1st round ada Sir Shahrimi lecturer food tech yang mengajar kitorang. Ketaq lutut cheq.

Result dia? Mestilah kalah. Dekat 2nd round pun aku dah separuh hati je. Apapun, that was an unexpected experience yang aku akan ingat sampai bila-bila. At least aku ada ilmu sikit pasal debat. Sikit sangat.

Orang kata debat ni bukan semula jadi tapi boleh diasah melalui latihan. Yes tapi bukan aku.


Asyraf Afiq aka Syarfa Fiqa ala-ala Syafa Aqira (glamour katanya), Athirah (me), Rabitah, Aiman Tasneem, Nur Rabha. Geng Debat untuk Sehari :)


Friday 23 August 2013

#StudentLife

Assalamualaikum


Selamat hari raya. Aku dah terlampau lambat rasanya sebab ni dah 16 Syawal. Tapi takpe it's too mainstream kalau nak ucap selamat hari raya pada malam raya or raya pertama, so aku pilih la 16 Syawal. 
#LawakHambardiPagiHari

Tak best langsung raya tahun ni. Raya keempat dah balik Pilah. Never imagined this to happen. Rasa macam aaaaaaaaaaaaaaaaaa tak aci, U lain sambung lagi seminggu, buat open houese, gathering... aku dah bertapa kat Pilah serba hutan ni. Tambah pulak dengan test yg berderet tak terdaya rasanya nak hadap semua tu. Double test you know. Before raya and after raya. Now baru settle test CHM, 2 test basic nutrition, CSC and quizzes. Next, debat piala rektor, test food microbe+presentation, food engine+presentation, CTU, business week, family day, food product development then final just around the corner. Meeting sana sini selagi program belum jadi.. And tak campur lagi lab report dengan assignment BEL yang kena edit apa-apa nanti. Semoga aku terus diberi kekuatan. Kalau sem lepas, aku rasa dah cukup kelam-kabut, sem ni LAGI LA.


Exactly. 24 hours a day is not enough because we got lots of things to be settled.


Doa aku, semoga Allah permudahkan segala urusanku, pinjamkanlah aku sedikit kekuatan untuk menghadapi semua ni dan semoga aku tidak lalai dalam tanggungjawabku sebagai khalifah-Mu kerana urusan dunia. Semoga aku dapat membanggakan kedua ibu bapaku atas kejayaanku. Amiin.

Wednesday 31 July 2013

Hobi

Assalamualaikum


Hobi : Kumpul segala benda yang comel. Hello Kitty is my priority.











Kbai. Malas gile nak menaip.

Sunday 28 July 2013

Rewang bubur lambuk !

Assalamualaikum


Ehem. Walaupun kena kuarantin, aku dengan muka toya selamber badak je join rewang bubur lambuk ni. Ada aku kesah? Budak-budak tu pun tak kesah sebab dorang tau aku sihat wal'afiat. Actually excited sebab first time nak buat sendiri bubur lambuk. Lagi-lagi jadi orang bawah AIMI untuk ajk masak-masak. Cunnn ahhh sekali aku tengok ramai gilo yang nak nolongnye. Aku pun dengan baiknya bagi la dorang tolong. Almaklum budak part 1 kan excited sikit. So aku jadi ajk tolong tengok je.

Gabungan resepi Pak Abu and AIMI katanyerrrr. Tapi AIMI memang pro bab masak-masak ni. Kontra nak mampos kalau nak compare dengan aku yang tangan kayu ni haaaa. Tau makan melantak je.



Bubur lambuk julung-julung kalinya dianjurkan oleh Kelab Pengguna UiTM Kuala Pilah. Kemain semua nak bergambo dengan bubur lambuk. Famous sangaaatttt.

Terselit pulak program jejak kasih. Syed my junior sevens. Tak sangka pulak dia kenal and tau nama aku. Aku pulak cuma cam muka tapi tak ingat nama. Almaklum, usia meningkat and ingatan 3 saat je macam gold fish. Tapi takpe rasa sangat seronok dapat jumpa sebab sebelum ni aku rasa macam satu-satunya budak sevens yang tersadai kat hutan rimba ni. Cuma dengan Acap my senior belum sempat tegur lagi..

Anyway, rewang-rewang macam ni sangat best. Rasa macam nak raya!


Friday 26 July 2013

Kuarantin measle !!

Assalamualaikum


Entah kenapa. Takde perasaan apa-apa bila dapat tau kena balik rumah seminggu awal daripada cuti raya sebab kena kuarantin. Anehnya, takde siapa yang sakit tapi kena kuarantin sebab bila check record housemate, dia pernah pergi UK (Unit Kesihatan ye) sebab sakit tekak je. Habis dia geledah record lama-lama berkurun sebulan yang lepas. TAK MEMASAL. OkAy maybe ada orang yang suka cuti awal, tapi masalahnya test, quiz, assignment yang berderet macam KTM tu?? Siapa yang tak suka dapat balik rumah, tapi ni TERPAKSA RELA kena balik..Dugaannya bulan puasa ni.. 

Bawa bersabar, mungkin ada hikmahnya kitorang diduga dalam bulan mulia ni. In shaa Allah. Reda jugak la balik rumah. Untung-untung dapat balik free naik bas UiTM, tak payah susah-susah meredah lautan manusia beli tiket nak naik KTM bagai.



Gila punya memo



HK everywhere!! Bas UiTM berhentikan dekat Klang Sentral je. Then jejalan ket Giant situ, nampak gula-gula ni.. Aissshhhh comel sangatttt.


Friday 19 July 2013

Ramadan datang lagi yeayyyy

Assalamualaikum


Terawih mega paling mendapat sambutan. Penuh dataran ilmu. Lautan manusia memenuhi dataran hanya untuk beribadat, menunaikan solat sunat terawih bagi menyambut kedatangan bulan Ramadan yang penuh berkat.. Semoga semua terus istiqamah dalam menunaikan solat terawih dan ibadat-ibadat sunat yang lain. Aku rasa macam terlebih excited pula puasa kali ni. Maybe housemate banyak bagi pengaruh kot. Sama-sama berbuka puasa, sama-sama pergi terawih, sama-sama melantak moreh. Sama-sama rambang mata dekat bazar. So terasa meriahnya berpuasa kat tempat orang, walaupun jauh daripada family. Hidup anak perantau la katakann.. Gituwwww

                        Ku mengharapkan Ramadan kali ini penuh makna ~~ Amiin :)



Thursday 4 July 2013

Derma darah !

Assalamualaikum


Macam biasa, rasanya every sem akan ada program derma darah kat UiTM Kuala Pilah ni. And macam biasa jugak aku akan mengelat daripada derma darah ! Bukan kodokut eh tapi takot. Tau kan jarum dia bosar-bosar. Seriau la aku tengok.

 Tapi ontah acano aku bertekad nak derma jugak sem ni. Ada orang kata, kalau derma darah, badan cepat naik. Tapi aku ni tak derma darah pun naik je tak turun-turun. So sem ni, berkat ajakan Mastura aka Mashie Cikenit, aku pun beranikan diri. Masa beratur nak daftar tu, adoi cuak okay tengok jarum-jarum tu !! Then bila turn aku nak check darah untuk tau darah jenis apa, and sesuai ke idok, aku pejam mata je. Sampai masa misi tu terkejut sebab darah yang keluar banyak ! Nervous lettew. Penting okay untuk check darah. Macam Mas Cikenit dia tak boleh derma sebab haemoglobin tak cukup. Itah pulak tak cukup berat. Nida memang tegar nak mampus tak nak derma tapi dia pun tak cukup berat. Hampeh, dah tu aku dengan Jiea je yang berkelayakan. Lagi satu, sebelum derma darah, makan dulu. Makanan berat-berat pun takpe sebab kalau tak makan, takut pengsan, siapa mau angkat? Dah la berat! (cakap dengan cermin?)

Ehem tapi tetiba rasa macho bila ada 2 orang kawan laki aku, Aiman and Daus cakap;

"Tak sakit ke weh?"
"Tak punnn.. ", yakin gilo aku jawab. Time tu terasa sangat macho hokayy. "Korang tak nak derma ke?"
" Takpe la. Lain kali. Ada kelas ni.."
"Hmm yolahh"......

Bagus jugak derma darah sebenarnya. Lagipun darah kan boleh terbentuk balik. Makan la iron banyak-banyak. Jangan kedekut darah LAGI-LAGI DARAH JENIS AB ! Masa aku derma tu untuk Hospital Ampuan Najihah. Kritikal sangat bekalan darah lagi-lagi time nak raya sebab banyak accident, kata misi. And kalau jadi apa-apa kat kita or family kita, bekalan darah takkan jadi masalah sebab kita ada rekod pernah menderma. Faham? Fahamkan.. Lagipun tak sakit la. Tak payah la pandang jarum tu ! Kalau tak mau histeria.



See? Boleh posing lagi.. Betapa tak sakitnya.


Shine bright like a diamond sangaaattt. Okay maap terlebih gembira derma darah.



Bekalan makanan. Lepas derma, kena rehat dulu dalam 5 minit, tak boleh bangun terus, kalau tak pengsan !

So apa lagi? Jom derma darah !

Sunday 30 June 2013

Dinner dekan

Assalamualaikum


Hari yang dinanti-nantikan oleh semua penerima anugerah dekan. Agaknya la. Aku tak rasa pape pun. Hati batu betul. Walaupun ramai yang kata sem lepas, short sem yang sangat kritikal sebab kalau ikut history batch-batch seniors, ramai yang jatuh pointer masa short sem but alhamdulillah so far so good.. Semoga apa yang dikecapi sekarang akan menjadi pembakar semangat dan motivasi untuk terus mengekalkan prestasi yang cemerlang. In shaa Allah. This is all for our beloved parents. Thank you very much ! Not to forget, rakan-rakan seperjuangan yang bertungkus-lumus dengan lab report and sama-sama susah payah.



With le genius, Kak Qish and Nana the microbians.


With our KPP Applied Science, Sir Helmi.


With le classmeto. Pelahap betul semua. Licin berkilat pinggan mangkuk macam lepas guna sunlight !



Aku rasa gambar ni sangat epic. Setuju? 



Tu je.. Hopefully next sem, meja yang di-conquer jadi bertambah banyak!

MAJULAH FOOD TECH UNTUK NEGARA!


Sunday 23 June 2013

Hai saya budak part 3 !

Assalamualaikum..


Haasshiiiuumm.. Banyak nau microbe dah ni. Lama dah tak bebel kat sini. Busy wa cakap sama lu. So far so good. Housemate gila sewel masih kekal. Dengan azam baru, semangat baru nak meneruskan perjuangan di UiTM Kuala Pilah terchenta ni.. Yang paling osem sengalism tu, aku kena jadi class rep. Okay baru jadi sekejap, aku rasa macam blerghhh... PENAT. Bukan mengeluh, cuma luahan perasaan. Tak tau macam mana boleh ada yang maintain jadi class rep sampai part 5 tu. Ye la. Papehal, class rep. Fotostat nota, class rep. Tutorial, class rep. Huhh anyway I take it as a new challenge and macam tak percaya pun ada sebab classmate boleh letakkan kepercayaan tu dekat aku yang tak berapa nak senonoh and clumsy sepanjang masa ni. TERHARU OKAYYY.....

So target sem ni :
1. Of course ANUGERAH DEKAN.. (sangat penting ye kengkawan)
2. Nak lagi aktif daripada sem lepas. Join aktiviti selarat mungkin.
3. More friends !!!!!!!!
4. Tak terlepas tarikh nak temuduga jadi akak PM!!!! (sem lepas terlupa der)
5. More rajin please!






Dear ATHIRAH, 

Bismillah. In the name of Allah.
Put more and more efforts.
 Remember Allah and Allah will remember you as well.
 Be a good Muslimah. 
Be istiqamah.
Perform your solah early.
Never ever give up.
You reap what you sow. So fighting !
                                                                                                                                                Sincerely,

                                                                                                                                                ATHIRAH