Saturday 27 October 2012

CUTI BUDAK HABIS SEKOLAH

Assalamualaikum


Kalau ikutkan, dah berabad dah kisah ni tapi bila CIK NA aku baru lulus ujian undang-undang, memori lama datang menyinggah kotak fikiranku.. ayat kau tak boleh jiwang lagi ke??


2011
SPM habis 30/11/11.. Masing-masing dah sibuk cakap pasal itu ini


Jom kerja. Dapat cari duit.. $$$$$$
Kalau tak dapat kerja, aku 'bina badan' je lah kat rumah.
Parents aku tak bagi kerja..
Jom berjimba, jamming, lepaking release tension SPM
Lepas SPM, aku dah start kelas driving
Oh aku pun dah daftar. Tak sabar nak ada lesen.
AKU KENA PLKN.. tetttt nasib la siapa tu. haha


Antara dialog SPM leavers kan.. Tapi aku, lesen dulu !! Memandangkan 10/12 baru cukup umur 17 tahun, so tunggulah kejap. Pagi tarikh keramat tu, terus pergi daftar kat SURFINE HITECH, kat Klang. METRO mahal beb. Mau cecah RM 1000 jugak. Tapi yang aku ambik ni RM 800. Okay la kan. Aku yakin boleh drive.


Birthday awak hari ni? Happy Birthday !
Happy Birthday !


Ah sudah, akak-akak yang peramah tu semua wish aku. Macam kelakar je la. Dah la baru genap umur.. Adoi tapi lepas tu abah aku pulak jadi instructor aku. Mak ai. Dah lama aku tak pegang steering, enjin mati je, tak reti den nak kawal clutch tu, kereta pulak undur masa kat bukit. Pergh panas la aku, belum masuk kelas officially, dah kena maki hamun dengan abah den. Ada je yang tak kena. Aku pulak bila dah kena sergah, kecut nervous system, cuak la kan.. Lagi satu, aku jenis drive macam nak race dengan Michael Schumacher. Dah abah aku pulak ketaq. Kaki dia macam tekan brek je gayanya. Aku dimarahi lagi...


Bermulalah sesi pertama, ceramah 5 jam ! Hah ambik panas vuntut. Nasib baik penceramah tu ada sense of humor kalau tak, wassalam aku buat taik mata kat situ. Selang a few weeks, ambik test undang-undang berkomputer. Then, datang untuk 3 jam ceramah LAGI and 3 jam praktikal. Dorang tunjuk la benda basic yang budak tadika kemas pun tahu macam brek kaki, tangan, bla bla.. boshan weh. The most important part, bila dia terangkan untuk ujian JPJ - bukit, parking and tiga penjuru. Memang take note habis ! ye ye je kau take note. tuih


Akhirnya, bermulalah kelas yang aku boleh drive. No more ceramah ! 
Ini break, signal, wiper.
Ini gear 1,2,3,4,5, reverse bla bla bla
Awak ada basic pasal kereta? Pernah drive tak sebelum ni?


Hatiku tersenyum riang, kembang berbunga seperti kembangnya bunga sakura di Osaka, Jepun ! Aku pun jawab, pernah! abah saya ajar.. Masa tu baru aku hargai jasa abah dan air liurnya yang memaki hamun aku secara percuma. Then aku pun buat la yang macam test JPJ tu. HAHA tak shushah mana pown..  Kerek ah.. Aku guna VIVA masa tu. Huu selesa daripada kancil ~  Alhamdulillah tersangatlah lancar sehinggalah detik test JPJ yang sebenar.


06/03/12 tarikh keramat test JPJ. Aku nak lulus ! Pukul 6.30 pagi dah terpacak kat office then pukul 7 gerak. Kitorang punya centre kat Hulu Klang, area Sungai Congkak. Sampai-sampai je, kitorang punya first session pukul 8.30 pagi. Gila kentang ~ Cuak do


Alhamdulillah aku passed yang kat track walaupun cuak tahap tera sebab tetibe kena pakai kancil pulak. Bila kena drive kat jalan raya, pergh menggelabah biawok jugak. Dapat pulak pegawai JPJ perempuan yang macam kerek. ISSSHHH.. Aku baru je drive tak sampai satu kilometer, dia boleh cakap, 'Awak ni macam berlagak la'.. Hah dah apa kena pegawai ni. Suka hati molot, sesedap oren dia je nak smash aku macam tu. Apakejadah? Atau itu cara dia nak ice breaking? Heh the ice is broken melted already. Kenal aku baru setengah minit dalam kereta dah cop aku berlagak. Dia punya kerek tak masuk kira pulak. Sabau je la. Aku fikir nak lulus je ni. Kang kalau buat hal dengan dia, tak pasal pulok dah.. Alhamdulillah again, I passed. 


Senyum meleret terlebih daripada telinga dah (hiperbola). Mana tak nya, ada dua orang kawan baru aku, ambik test JPJ tu for the 2nd time, sorang lagi budak sekolah aku, failed. Hah kan gelabah tu. Alhamdulillah again ! Aku dah boleh drive dengan sah tapi sampai sekarang tak reti nak parking lagi sebenarnya. Huhu.



Dua buku ni wajib dikhatam dan difahamkan sebaik mungkin especially masa nak test undang-undang. Sejibik sebijik soalan keluar.



Borang A untuk test atas track, Borang B untuk test jalan raya. Adoi nasib baik aku punya macam ngam-ngam lulus je.



******

Hasil gesaan mak aku suruh bekerja, aku pun melilau la cari kerja kat area rumah aku tu. Penat berjalan, tak dapat jugak. Kalau ada pun, masalah transport, balik malam. Payah la lagu tu. Finally, ada kerja kosong dekat restoran dekat rumah aku. 5 minit jalan je pun. Guess what ?? Aku tahan kerja kat situ, 3 HARI SAHAJA ! Sumpah penat gila. Mula-mula aku ni dikatakan kerja dekat bahagian dalam, sekali aku dibedal luar dalam restoran kena settle. Parah la kan. 

Lagi menggelegak macam lava hati aku bila bekerja dengan mak cik-akak-abang indon. Dah sah-sah aku baru sehari kerja kat situ, confirm la aku tak tau mana letaknya itu dan ini. Tak pasal mak cik tu bagi high pitch kat aku. Eyy aku dah tersirap darah ni. Tak apa sabar, buat muka toya lagi. Si tauke restoran pulak suka buat janji manis-masin-payau dia. Cakap nak ajar aku masak itu ini pukul sekian-sekian, suruh aku datang pukul 10 pagi, pukul 6 petang baru nampak lubang hidung dia. PANAS lagi aku !! Pendek kata aku seolah-olah dibuli dan dipermainkan. Kawan aku baru sehari, then terus quit, memang tak tahan. Nasib baik jugak dia bagi gaji. Itu pun lepas dah kena angin hurricane abah aku, kalau tak gaya dia macam nak mengelat je bayar gaji kitorang.. and the rest was history, malas nak cerita. Pokoknya, AKU SERIK BEKERJA DI RESTORAN !




See? Siap ada surat lagi. Macam nak tergelak pun ada. Nampaknya aku memang betul-betul diterima untuk bekerja. Hewhew Tapi yang tak boleh blah, aku kena pakai baju kurung.. Ngaa baju kurung biasanya aku pakai time raya yang sekali setahun tu je atau kenduri kahwin yang tak berapa nak ada. Hah padan muka. Hari-hari kena pakai. 

Rupa-rupanya TASKA lebih sesuai dengan jiwaku yang lembut ni. eww lembut ke? THANKS SYAZA. Patutnya dia yang kerja situ, tapi tetibe tak nak pulak. Aku pun cuba nasib je. Kalau tak tahan, berhenti je la. First time, so, macam pelik sikit. Budak tersangat lah ramai. Ada sorang budak, nama dia HAKIM. Dia yang berani approached aku dulu. Ni teacher baru ke? Eheh aku pulak dah asyik nak tershashul dengan panggilan akak je. 

Then kitorang makin ngam. Akak-akak kat situ pun sporting sportrim habis. Manyak suka woah kereja di situ. Memang la gaji tak banyak mana, RM 600 but alhamdulillah la dapat kerja dari Feb sampai May. Dapatlah simpan sikit untuk masuk uni. Hikmahnya, aku jadi lebih sabar, tahu macam mana nak handle budak kecil (susah jugak nak handle dorang sebab ramai and macam-macam ragam) and tahu cara asuhan mengikut ajaran Islam kat pusat asuhan kanak-kanak. Maklumlah, ni kira macam TASKI la sebab semua Muslim. Pagi-pagi, tengok channel Tanyalah Ustaz buat muhasabah diri. Kalau kat rumah, memang tak la aku nak tengok. Kalau aku tengok pun, MHI je la. Tak pun kadang-kadang pasang VCD bacaan Al-Quran. Sejuk hati. Pagi-pagi lagi dah bagi makan kat rohani kan.. 

Aku dapat jugak merasa ada kakak and adik perempuan. Tapi yang pelik AHMAD menjadi pilihanku. Buah hati aku tu. Mama dia pun dah anggap aku dengan EYKA macam adik dia. Can you SEE the relationship?? Kalau staff baik, parents okay, cunn memang ngam kamceng habis la. Aku suka keadaan macam tu.

Aku rindu nak kacau dorang, nak bancuh susu dorang, nak layan mewarna sama-sama, nak nyanyi lagu gajah, nak dengar dorang gelak-nangis, nak suap makan dorang, nak basah lepas mandikan dorang, nak main kejar-kejar dengan dorang, nak marah-pujuk dorang, nak tidurkan dorang. Aku pun indirectly, tertidur juga deh. Ahaks. Pokoknya, aku rindukan semua tu.


Budak-budak ni memang gila snap.Asal nampak teacher macam nak ambik gambar, berduyun kejar and buat muka comel tahap arnab ! Cute overdose





AHMAD and DINA. oH plish, Ahmad buat muka tersangat paling cute. Hah kan dah lewah ayat tu. Tapi memang cute cangat. Dina vogue pun. Cuasso 



Next pair, UMAIRAH and UMAR. Dua-dua extradebab-comel. Nampak je macam kecik tapi fuh.. boleh tahan asyik buat orang je. Sehari kalau tak jerit nama budak dua orang ni, tak lengkap hidup teacher.


Hadiah hari guru. Macam tak percaya iolls boleh dapat. Ceh semua teacher dapat masa tu. Jangan verangan lebih sudu. But still, as an new teacher there, I'm touched. uhuks. Siap bagi kek tu. Ada yang yang bagi cheesecake, cakeaparasaentah, goody bags pun ada. SEE.. the parents tend to teach their kids to appreciate the teachers. Bagoss kan.. :)


#AHMAD, UMAIRAH, AUNIE, UMAR, LINA, jadilah manusia yang berguna untuk keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara !


ALHAMDULILLAH. Aku bersyukur sebab dipertemukan dengan orang yang bermacam-macam perangainya in just 6 months. Semua tu buat aku rasa sikit life yang sebenar kat luar sana and buat aku lebih matang. Life is adventurous, but come hell or high water, we can always turn to Him and EXPERIENCE IS THE BEST TEACHER EVER !! aku memang sangat setuju dengan idioms tu sampai tulis dua kali kat dalam blog ni dah. 


No comments:

Post a Comment