Saturday 27 October 2012

BUKIT CERAKAH

Assalamualaikum


Jom pergi Putrajaya.
Eh Bukit Cerakah la, nak mandi..
Kat rumah tak cukup air nak mandi ke?
Genting Highlands jom ! Sejuk !!
Nanti kereta abah tinggal rangka, silap-silap enjin pun tercicir
Beting Highlands nak ?? eh? haha


Satu famili buat meeting tergempar pada malam sebelumnya kat rumah mak ngah aku. Tiba-tiba keluar topik JALAN and terus nak pergi keesokan harinya. Bunyi macam gila jugak. Nasib baik tak tercetus idea nak pergi Pulau Langkawi ke, Pulau Pandan jauh ke tengah ke, Gunung Daik bercabang tiga ke

*****

Bukit Cerakah? Cerahkah?? Bukanlah.. Itu Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA). Aku ni nama je duduk Shah Alam tapi tak pernah pergi pun selain jadi sukarelawan PBSM masa sekolah dulu. Rupanya 10 minit je. Cehh tak jauh mana pun, tapi tak pernah pergi. Okay biasa la tu. i-CITY belakang rumah pun tak pergi lagi. Ish teruk kan. Hah belakang rumah la sangaaat.. Tapi dekat la juga, sepelaung je kot.



Ini semua gara-gara adik aku. Konon nak mandi kat situ, ada swimming pool ala-ala akuatik la. First timer, biasa lah aci main ghedah je, main masuk je. Nak masuk kena bayar, dewasa RM 3, children RM 1. Dah alang-alang sampai situ, konon dalam hati bunga-bunga nak pergi RUMAH EMPAT MUSIM. Sekali kat tempat jual tiket tertulis :



Rumah Empat Musim ditutup dari 27 Oktober - 9 November 2012 untuk pertukaran musim salji..


Terus kuncup bunga dalam hati. Terbantut nak kembang. Adoi..
Kebetulan, ada majlis hari bertemu pelanggan. Huh naik sesak juga ramainya homo sapien kat situ. Kalau nak pergi akuatik tu, kena naik bas. Pak cik jual aiskrim yang cakap. Ahaks. Gila excited naik bas tu. Ceh gaya macam naik UFO je. Ngaa jauhnya ke dalam.. Kiri kanan hutan. Rupanya ada jugak taman lain macam TAMAN HIASAN, TAMAN HERBA REMPAH RATUS RIBU dan sebagainya lah. Yang aku pelik, bas tu tak ada loceng tettt, so dia jalan je sampai macam nak patah balik kat tempat mula-mula naik tadi. Rupanya akuatik tu kat TAMAN HAIWAN. Ngee apekejadah la akuatik kat taman haiwan. Ingatkan haiwan je la yang ada kat situ..




Hah tu la dia. TAMAN HAIWAN. 'Budak' tu bajet dengan spec adik dia je.



Part of my family. Abah jadi photographer. Si AIMAN dah sentap sebab tak dapat duduk atas rusa, maka dia tak ada dalam gambar. Moral of the story, kerana sentap, badan tak di snap. Kau ni kan tira, memang perosak bahasa kan... 
ANGAH dengan AFIQ sibuk nak semak dalam blog aku yang 'famous lagi fabulous' ni. Hah ambik !

****

Second trip, to the PUTRAJAYA !!! Petang tu jugak kitorang pergi. Over je, padahal tak jadi pun.. Hujan tersangat lebat turun membasahi seluruh bumi Selangor KOT.. Eh? Aku bukan peramal cuaca.. Memang bukan rezeki kitorang nak pergi sana. Sungguh la lebat gila, sampai kena stop kejap dekat Petronas. At the end, kitorang pergi MYDIN USJ je. Ngee lain yang diplan, lain yang jadi. Kuasa Allah kan.. Dah sampai situ, tak tahu nak beli apa, tengok baju pun dah rambang mata. Last sekali, sangkut kat kedai ISLAMIC. 


Alhamdulillah aku dapat beli Al-Quran dan terjemahannya. Rupanya ada free Al-Ma'surat sekali. Memang dah lama sangat teringin nak beli sebab aku punya dah uzur la jugak. Nice one. Berbaloi RM 60. Eh siap ada hukum tajwid lagi tau. Berbaloi-baloi ~ Gumbira tak terkata bila dapat beli.




Wait seminit. CHOCOLATE aku mana boleh tinggal.. 
Mak: Hantu coklat betul.. 
Eleh tu baru sikit, aku boleh makan lagi banyak daripada tu dan badan aku pun terasa seperti dipam-pam macam tayar basikal kena pam !


No comments:

Post a Comment