Sunday 28 October 2012

FOOD TECH AS116 1B1

Assalamualaikum



Bila keluar je result UPU, dapat tahu pulak kena campak kat UiTM NS, perasaan aku dah macam bawal masak masam manis. Happy and bersyukur dapat masuk UiTM. Dapat pulak first choice 'DIPLOMA IN FOOD TECHNOLOGY'.. Tapi yang buat aku rasa macam sedih mati kucing sebab kena duduk jauh and hidup sendiri, AND tak ada kawan aku yang dapat sama tempat dengan aku. Kebanyakannya dapat (Puncak Alam) PALAM. Aku sorang je dari sevens ni. Mangai.. Memang dah macam Lone Ranger. Nak kena cari kawan baharu di tempat baru, memang agak haru. Kalau dapat sekepala gila ting tong masuk air, cunn la. Kalau tak.. bayangkanlah sendiri.. 



But ALHAMDULILLAH, classmate aku memang happening. We're one big family! Tajuk entry pun sebenarnya nama group kat FB yang dicreate oleh aku. Mula-mula dalam kelas macam senyap je. Masing-masing buat hal sendiri dalam dunia sendiri, berat mulut macam ada berlian je dalam mulut tu..



Cehh sekali, EARWAN dengan poyonya ke depan, kenalkan diri and indirectly dah macam ice breaking la. Masing-masing kerut-kerut nak ingat nama, then save contact number..



Heh kelas-kelas yang seterusnya dah bertukar macam pasar kat Melang, ada bertih jagung, ada jual ikan, jual minyak. Eh?? Mana ada.. Bila dah gelak sakan, macam tak ingat dunia. Happening. Sekurang-kurangnya aku dah boleh adapt dengan tempat baru dengan agak cepat. Kalau tak, mesti aku teringat kawan-kawan aku masa kat sevens dulu. 



Suka duka kitorang share. Obviously, masa ibu NASH meninggal dunia seminggu sebelum raya. Malam tu kitorang dah plan nak iftar sama-sama kat Melang tapi bila dapat tahu berita mengejut macam tu, takkan nak teruskan jugak. Sedangkan kawan kita ni tengah sedih gila. Masa tu aku nampak kitorang memang bersatu hati.. Tapi NASH, aku nampak kau sangat tabah :')

Tapi kitorang memang dah lama bersatu hati sejak kelas BEL asyik takde je. Sorang kata nak balik, semua balik. Sorang kata nak tuang kelas, pakat-pakat semua tak datang BEL. Sekali.. Miss datang masa kitorang semua tak datang kelas. Nasib baik Miss Wong coolio habis ! 


Eh lagi satu, perangai dorang ni, memang gila snap ! Aku yang bukan jenis suka bergambar pun dah jadi macam dorang.. Kat mana-mana pun nak bergambar. Gila glamour betul. Tak percaya? Ada aku kisah?? 


 First time masuk BIO LAB. Ke-excited-an terserlah. Sempat posing lagi. THE FUTURE NUTRITIONIST or FOOD TECHNOLOGIST or FOOD MICROBIOLOGIST or FOOD CHEMIST. Who knows? Amiin..



Macam kembar kan?


Bukan main posing lagi kau NASH



Si tiga serangkai. WAWA, TIUT, AIMI



Yang semangat biru dah macam smurf semua ni pulak gara-gara menyokong kempen untuk Autism, wear blue hijab. Tu yang biru belako tuh.











Hah nampaaak tak? Suka bergambo kan. Gambar biru ni je dah berpuluh-puluh sebenarnya.


Yang bawah ni serba purple pulak sebab kamilah PURPLE BERRY. ihiks. Ni gara-gara HELMI la pakai blackberry.. Ni explorace sebenarnya sempena English week gitu. Berlari macam tak cukup tanah je then solve the tasks in English. Nasib baik menang la jugak walaupun second place. Jadilah.. dapat la hamper dengan baucar kedai Popular RM 10 -___-



Gambar atas ni, semua budak food tech part 1. Awesome kan. PINK, BIRU, PURPLE ! Semangat menjulang nama food tech di persada antarabangsa. hiperbola lagi..


Gambar bawah ni dah macam Teenage Mutant Ninja Turtle. Siap pakai mask ala-ala ninja. Itu semua berpunca daripada virus macam demam campak kat UiTM NS masa tu. Dah nak raya, wujud pulak penyakit pelik macam tu. Takut punya pasal, tak nak kena kuarantin, kitorang pun terpaksarela pakai menatang tu walaupun rimas tahap tak ingat !




Yang kat bawah ni geng merayau UiTM. haha. Tak dapat main basikal, kitorang naik bukit nak ke tangki air. Dah tau tempat tu 'keras', nak pergi jugak. Siap bergambar tu yang tak boleh blah. ALYA sentiasa bawa camera dia. Retiss kau jah !








Geng basikal! Dah dapat basikal, bukan main panjang langkah masuk kampung kiri kanan. Nampak lembu, tau pulak cuak kena kejar. Kayuh macam nak race dengan Azizulhasni Awang padahal lembu tu chill relax je and buat muka pelik tengok kitorang yang gila lintang-pukang. 


JAMUAN RAYA posing lagi dengan baju raya masing-masing..



Ada ke patut TIUT cakap aku kedekut senyum.. Tengah makan syok mengunyah, tetibe nak ambik gambar. Hah nasib la






 ENJOY GILA. Ada nasi dagang (favorite), lemang, serunding, nachos mende entah. Kuih raya tok sah cakap banyaknya. Dah boleh buka kedai kat anjung atas tu


 One more last picture. Kelam-kabut HELMI set timer. We're like sisters and brothers.

That's it. Tak lama lepas tu, final exam. Wassalam. TAMAT SUDAH SEMESTER 1 :)



2 comments: