Thursday 25 October 2012

MINGGU DESTINI SISWA (MDS) UITM NEGERI SEMBILAN SESI JUN-NOV 2012

Assalamualaikum..

Blog ni dah macam usang tanpa pelawat, sekadar syok sendiri meluahkan rasa dan pengalaman. Ahh tak kira, nak share jugak. wekkkk 


Kali ni aku nak berkongsi pengalaman yang paling menyayat hati dalam hidupku (menyayat hati ??) Menyayat la jugak. First time anak mak yang sorang ni kena duduk asrama dalam hutan lagi kau jah.  Hah ambik ! Gila haru bila dapat tahu kena campak kat situ, UiTM KUALA PILAH.. Tanggal 2 JUN 2012, seawal 7 pagi, kitorang dah gerak dari rumah. Paling tak boleh blah, mak ngah, pak ngah, nenek ikut sekali tu.. Gedik kau tira.. Eh kebetulan je eh nenek aku datang Klang, so dia pun saja nak jalan and nak tengok cucu kesayangan dia ni belajar kat tempat macam mana. HAHA. tira, kau memang over ! Part yang paling best is masa mula-mula masuk, disambut dengan jerat cina dan india di kiri dan kanan. Pergh.. dalam hati tempat apa kerajaan bagi kitorang belajar ni.. tapi bila nampak signboard ni rasa Wah aku dah jadi budak UiTM la.. gila jakoniah plus plus sangat !



p/s : gambar ni ihsan pak cik google. aku tak terfikir nak snap gambar signboard ni kan.. takpe, next sem iolls ambik banyak-banyak okay. hehe

Taraa welcome to UiTM KUALA PILAH !! hah nervous mak aih

Aku sampai sini dalam pukul 9 gitu. Semangat kan. Haha. Bila mak nak balik, air mata macam air terjun ulu bendul dah (ye ke.. ko tak pernah pergi ulu bendul pun..) dan.. Tira cengeng dah keluar.. Gila la. Tak pernah pisah kan, so rasa pelik bila kena hidup sendiri. SENDIRI BEB, SENDIRI, ALONE !! 

MDS tu memang menguji tahap mental fizikal wa cakap sama lu. Jangan harap kau nak tidur 8 jam seperti yang disarankan pihak kesihatan, makan pun aci tak sempat macam main kejar-kejar. Masa tu aku rasa digestive system aku boleh rosak sebab makan tak kunyah betul-betul. Dengar ceramah boleh dikatakan aktiviti utama. Cuba kau bayangkan. Memang ramai la yang shahid tertunduk kat bilik seminar tu. Termasuklah aku. Tapi aku pandai cover. ahaks. Disebabkan MDS ni, emosi aku sedikit terganggu. Penat gila tahap petala ketujuh ! Bila time nak tidur, teringat mak.. Nangis sampai basah bantal weh tapi aku pandai cover.. HOMESICK gila anak mak ni.

Tetapi.... ada satu part yang aku memang tak boleh lupa. KOT... Ada sorang housemate aku pernah pergi bangunan admin sorang-sorang pada pukul 4 PAGI ! Betapa cuaknya kitorang sebagai housemate, apatah lagi roommate dia. Nasib baik sempat tergerak hati nak mintak nombor dia, bila aku call, dia cakap kat tingkat 6 bangunan admin. Memang secara logik dan normalnya, tak kan ada orang yang berani meredah malam yang hening di tempat yang baru diduduki selama tiga hari. Nasib baik ada abang PM jumpa kat susur gajah. Huh.. From that day onwards, rumah kitorang jadi perhatian kat Sri Menanti 1 tu. Famous amos do !!  Dan akhirnya, dia pergi meninggalkan kami yang terpaksa mengharungi sisa MDS yang berbaki empat hari lagi. Eh dia balik rumah dan berubat okay.. Dia cuma tangguh je. Next sem dia masuk.. Biasa la, tempat baru masuk macam tu, faham-faham je la.. Malas nak huraikan malam-malam buta ni.. Cakap je la takut kan..pfft..

Akhirnya, MDS berakhir dengan gempaknya dan ada rasa sedih jugak sebenarnya. Sepanjang satu minggu tu, kitorang dijaga oleh akak-akak dan abang-abang PM yang sangat menitikberatkan soal kebajikan. Sakit sikit, sickbay ~.. 

Apa khabar adik-adik?
Alhamdulillah.. sihat.. tapi ingat ianya tak semudah itu ~~
Siswi gerak pantas pantas !!!!
Hafal and nyanyi lagu UiTM DI HATIKU dengan BERSATU KITA WARGA UITM macam nak rosak pita suara.. Semua orang wajib menyumbangkan suara. Kena dengan semangat sekali, kalau tak nasib kena tengking pulak.
Istilah BUNGA RAYA.. tak boleh blah. punyalah aku tercengang dengan istilah baharu tu. haha
Prank tergempaks impak maksima siap lagu HANDS UP bagai. Pergh memey terbaik wok. Kalau ada Doraemon, aku nak patah balik time tu. Sumpah best gila !

EXPERIENCE IS THE BEST TEACHER EVER !
Sebab MDS, aku belajar tak mandi dalam keadaan darurat.

Sebab MDS, aku belajar makan dengan pantas
Sebab MDS, aku berdikari
Sebab MDS, aku buat muka tebal nak kenal kawan baru
Sebab MDS, aku kenal PM-PM yang sangat awesome !!!
Rasa sangat bertuah sebab dapat rasa sendiri MDS yang dimomok-momokkan tu. 

So, kepada sesiapa yang terjumpa blog ni dan terbaca entry ni, dan nak masuk UiTM, no worries, just enjoy the MDS, you're gonna miss it. PM garang bersebab.. :)



No comments:

Post a Comment