Friday 15 February 2013

Choral Speaking

Assalamualaikum


Ahha choral speaking?? Yupp.. Kitorang memang student yang baik lagi mengenang jasa pensyarah. *lempang sikit budak ni. Okay sebenaqnya kami semua teruih berubah pikiran bila madam tunjuk videos winners of choral speaking tahap sekolah menengah. Semua macam terpeguns sangat tengok video tu and mula terkinja-kinja nak join jugak menda alah tu. Maklumlah majoriti kitorang tak pernah join choral choral ni. SHY PERSON la katakan. Tuihh.. 


Benda ni kira sempena Language Week. Kitorang ni kan baik, so tak nak lah malukan and hampakan madam sebab tak join benda ni lagipun bestie madam tu, antara judgesnya. Kesian la madam kalau takde students beliau yang join. So sesuai la kan aku cakap kitorang ni student yang baik lagi mengenang jasa pensyarah. Muahaha suka hati la. Ni blog aku, bukan blog hang. 


Thank you buddies. Ye kami buddyz, kami takkan terpisah.. ngeng la minah ni
Thank you Madam Amalia Qistina (sweet kan nama madam..). She encouraged us to join this competition and gave us ideas and yeda yedaaaa..
Terima kasih juga sama kamu, ya Alyaa Najihah alyuuq yang sentiasa bersemangat nak ajar kitorang ni ha..
Oh ye our conductor too, thank you Fazratun Najwa aka wanwan ~ kau memang daebak gila jadi conductor.
THANK YOU AND WELL DONE CLASSMETO. WE DID IT AND WON THE 2ND PLACE *tetibe semangat sampai semua CAPSLOCK ON. haha..
okay sila terharu kerana anda menjadi bahan blog saya pada hari ini. Sekian. Berikut merupakan gambar-gambar di sebalik tabir choral speaking.. teheeee
































Errrrrr nampak sangat bebudak ribena ni suka sangat bergambo mencari publisiti. Pantang nampak kamera, semua kerumun and tak pasal aku pun dah terjangkit la SIKIT nye punn adoi. Sebenarnya ada lagi gambar kenduri hamper tu tapi tak boleh nak rotate, kalau aku upload kang, semua kepala teleng permanent, susah pulak kurang hantaran..

Oleh itu, saya gantikan dengan video yang telah tersebar di YouTube dan menobatkan saya sebagai TOP11 MALAYSIAN YOUTUBERS sebaris dengan MatLuthfi kita tu haaa. *huu aura bajet budak ni dah mencapai paras berbahaya plusplus 





Thursday 14 February 2013

Running Man

Assalamualaikum




Siapa tak tahu Running Man tu apa? Okay pi google la ni jugak. Cepatttt !!!!

Ala variety show yang ada lari-lari tu. Nama pun Running Man ye dok? So apa kehebatan Running Man yang hang dok bangga sangat nih?? Takde apa yang hebat pun sebenarnya cuma peminatnya meliputi semua golongan, tak kira kecik besaq, tua muda, miskin kaya, suka kpop anti kpop. Teeeett memang ada yang anti kpop tapi layan Running Man. Benda biasa dah tu. Kalau kat Pilah ni, rasanya hampir semua ada koleksi Running Man dalam satu folder dalam lappy tak pun dalam hard disk. Termasuklah budak lelaki punn. Haaaa tu namanya Running Man mampu menggembirakan hati kami yang duka lara duk dalam belukaq tu. Almaklumlah hutan, nak tengok wayang, jauh sangat.. Nak tengok tv, alahai Running Man lagi best. And siap ada RUNNING MAN PILAH VERSION. Aku pun kalau dah tengok tu, feeling dia melarat. Kalau lari pun bajet macam dalam Running Man je. #tragedi @ PD tuu..



Aku pun mulanya tak minat cerita ni. Kengkawan aku dok cerita benda ni dalam kelas. Satu haram aku tak faham. Pastu start sem 2 ni, baru tertengok and rasa terbest la pulak. Sebab-sebabnya:




1. Kelakar overdose, mampu me'release'kan tension lab reports yang menimbun dan anda boleh gelak sampai nak terkeluaq isi peghut pun takpe. Itu normal.




2. Ada Monday Couple -GaryJiHyo- yang super chomel sesangat. I wish they are the real couple.




3. Ada macam-macam la. Hang usha la sendiri cerita ni.




AND katanya dorang nak datang Malaysia bulan April ni?? Dunno maybe it's just some rumours.



















Opps ada Joong Ki pulak? haha Aku suka dia tapi dia sibuk je nak Ji Hyo jugak. huh *emo


Monday 11 February 2013

PERSAK 2.0

Assalamualaikum



Treeeeeeeeeeerrrerrrrrrr jengjengjeng present to you.. PERSAK 2.0.. bahahaha bajet ada sound effect je kan. Okay sem ni aku join lagi der tapi bukan biro keselamatan. Aku jadi peserta eh. Peserta PERSAK. woo bunyi nak gempak, cerita nak WORLD je. Disebabkan ada pengalaman lampau dengan PERSAK ni, maka aku sangat excited bila program ni wujud lagi..


Okay macam biasalah ada fitness bagai. *rasa kuruih and ada muscle kejap. Rasa seronok, nak kata penat tu, biasalah kan. Maybe sebab budak-budak kelas kitorang je yang conquer platun tu, sebab tu havoc je. Havoc ke krik krik?? Teeeett.. 


Nak tambah semangat? Meh nama platun kitorang, PHOENIX! bahaha siap buat bendera dengan armband tu. Credits to ALYAA NAJIHAH, NURUL NASUHA, ANIS AMALINA, NAZIHAH, dan ATHIRAH yang comel (puiiihh). Okay aku tolong buat semak je. Dorang ni la yang semangat berkobar sangat buat mende alah ni. *terbayang jong kook dengan red flame kat belakang dia. haha

Terima kasih. Sayang korang ketat-ketat sampai tak boleh bernafas. Haha

TAPI, haih route dia kali ni jauh nak mampuih, 15 km meredah gelap gulita ladang kelapa sawit, ladang getah, dan bom-bom yang berbahaya di atas jalan raya sambil bawa harvest pack yang sangat la berat nye punn. Bukan bom TNT, tapi bom lembu!


Lari lari kita lari
Buat pt tiap hari
Biar kuat urat kaki
Urat dawai tulang bosi
oi awas taik lembu di hadapan !!!!!!!!!!


Memang kitorang boleh buat choir dalam perjalanan tu. Tak pun boleh menang AJL 28 sebab berjaya menyanyi pelbagai jenis lagu sambil berlari. You name it. Dari lagu taska, selawat, lagu UiTM di hatiku, and bla bla bla. 


Disebabkan kitorang platun nombor 2, bajet excited dah dapat nombor 2 la. Puihh sekali dapat nombor 5 out of 9.. Ada je yang musykil sebab platun 1,2,3 dapat nombor corot, yang platun 7,8,9 dapat top top. Me, no comment..


Sokay la yang penting teamwork antara kitorang and semangat tu kena ada ye. APA YANG PENTING? KERJASAMA ! *pandai la korang. korang mesti nyanyi macam wonderpets kan??

Heh.. Thank you and well done teammates :)

  • FIRDAUS (ketua ni..)
  • NAZIHAH
  • AIN
  • FARAH
  • KAK FARAD
  • AQILAH
  • FATIN
  • RABITAH
  • HIDAYATI

Oh ye terima kasih daun keladi kat Komander KIMI and Komander IZZAT.. Hehe sabau je la eh dengan perangai kitorang ni, pastu jumpa lagi bebudak ni setiap Khamis. Haha. Tapi mesti komander-komander tu tersentuh lagi terharu sebab ada special armband untuk diorang. Kihkihkih 



#Kasut baru baaa. Kasut lama dah macam molot buaya. Habis semua nak menganjing aku pakai kasut baru. SEMANGAT PERSAK lagi-lagi housemates aku si ANIS NEDYA, kak IMANI dengan NANA. pfft


Hmm entah bila la biro multimedia nak upload gambar kiorang yang bersemangat tu. Satu apa aku tak nampak lagi kat fb nun...


Sunday 3 February 2013

My Beautiful Day @ PD

Assalamualaikum


Program sukarela kat PD tu. Ala yang kutip-kutip sampah, bersihkan pantai tu.. Hmm niat asal nak merewang kat PD tu.. Haha jakon. Hangin jugak satu badan bila kitorang dah daftar awal, tapi nama takde dalam list. What the? This is unfair. Housemates aku meroyan dah keluar mulut puaka semua. At last boleh jugak pegi sebab akak MPP tu kawan taekwando Kak Imani jugak. 6.30 pagi kitorang dah terpacak kat SM 4 tu. 



Cik Hanim lalu, ''ni nama takde dalam list ke?''
''Ye, Cik Hanim.... :'( '' semua buat muka..
'' Takpe takpe jangan nangis, nanti naik je mana-mana bas yang kosong. Jangan nangis eh"


Haha lawak la Cik Hanim ni.. Pastu berpusu kitorang serang bas 01.. Haha buat muka selamba badak berendam je.


Sampai je sana, approximately ada 32 000 homo sapien datang memeriahkan program amal ni, termasuk pelatih PLKN, budak-budak sekolah, uni, poli.. You name it, sangat ramai weh.  Yang kitorang ni dah gedik nak main air, nak mandi padahal baju tak bawak, sehelai sepinggang je pun. Alahai nama pun program amal cik kak oi. Tapi kitorang menonong je pi laut teruih main kat gigi air. Nampak je banana boat, haaaaa semua menggila balik. Ngam-ngam je 10 orang naik, weeeeeeeeeeee sangat best yang teramat sangat. Okay tu first time kot aku naik. Woohooo sangat best !!  


TETAPI !!!!! masa nak balik tu, tak pasal kitorang kena shooting Running Man versi Port Dickson. Unbelievable. 

Mission : Kejar bas 01 dari toilet sampai Petronas meredah jalan raya yang sibuk dan jauhnya lebih kurang 15 km.. *agaknya la























Err nah video special untuk kamo semua. HAHAHA *gelakbesau