Tuesday 20 November 2012

AKU ANAK TUNGGAL?

Assalamualaikum


Weh aku cuma anak perempuan tunggal je.. Malangnya, aku bukanlah seorang yang girly lagi feminine. Aku hanyalah aku. Terlampau simple tahap sakai. Eh? Pernah masa nak beli birthday cake AIMAN,

Along, kau pakai macam tu je??? Macam sakai ~
Mak aku sengih dah faham sangat luar dalam perangai aku.

Aku drive je pun, duduk dalam kereta je la..
Adik aku yang lelaki berdandan macam nak kalahkan Henry Golding yang menang SHOUT! Awards tahun lepas je. Hmm sempat la kalau nak buat batas, tanam bayam, siram air, bubuh baja..
masa tu aku pakai tracksuit, t-shirt kuning saiz gajah, kardigan purple, tudung hitam. Aku siap dalam masa 12.5 saat. Sakai ke? Normal je bagi aku..

Cuba-cuba la pakai skirt pulak. Asyik jeans je.
Pakai la blaus pulak. Asyik t-shirt je.
Along tak nak try tudung pesyen-pesyen tu ke??

jawapan aku mudah lagi dipermudahkan
TAK NAK
TAK NAK
LECEH. ALONG SETIA DENGAN BAWAL

Kadang-kadang kesian jugak tengok mak aku dah macam tak ada anak perempuan. Tapi nak buat macam mana, bila aku try-test-cuba-uji pakai, aku rasa macam dah tukar nama jadi Nur Ngilu Geli Gila Pelik binti Ajaib..
Maybe akan datang satu hari yang penuh barakah, aku akan berubah ke arah itu, more feminine sebab sekarang ni baru nak cukup 18 tahun !



Gambaq hiasan je. Cheq tatau nak letak gambaq pa



2 comments:

  1. i also anak perempuan tunggal dlm family. best tao jd anak tunggal perempuan ni. hehe

    ReplyDelete