Saturday 12 January 2013

Suka Pendam

Assalamualaikum



Assignmentsss yang melambak, lab report yang menggunung, tests yang berduyun. Fuhhh jadi food tech student memang mencabar but...

lately ni aku rasa aku dah lain do.. haaa??? Tak tau kenapa ?? Tak tau nak mengadu kat siapa. Lagipun aku ni jenis suka pendam sendiri lagi-lagi kalau benda tu menyedihkan. Aku tahu kalau kita pendam lama-lama sampai jadi pekasam, memang makan diri sendiri tapi nak buat macam mana?? Kekadang masa lepas solat, aku nangis, depan orang lain, aku gelak macam orang gila, macam orang happy-go-lucky je. Sungguh aku rasa emosi aku tak berapa nak stabil sekarang ni. Ya Allah kenapa dengan hamba-Mu ni??

Ya Allah jadikanlah diriku setabah Sumayyah, secekal Zinnirah, sehalus pekerti Rabiatul Adawiyah, semulia Khadijah, sepintar Aisyah, setaat Assiah dan seharum pusara Masyitah ;)

al-Insyirah ayat penenang jiwa. Thank you ya Allah for this love letter :')

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?

(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(6) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).







teeeeeeettttttt emo gila entry ni.. air masin dah bertakung overload dan mula melimpah hingga ke ladang gandum.. 
Wake up Athirah ! YoU'RE A STRONG GIRL :')

2 comments:

  1. athirah :) be strong okay, lepas solat hang cakap dengan Allah macam sembang dengan kawan gtau apa yang kau rasa. Allah takkan penat dengar masalah kau :) kalau nak cakap ngan aku pun okay aja. take care eh :) banyak orang sayang hang

    ReplyDelete
  2. memang selalu aku mengadu kat Allah je. lebih selesa mcm tu drpd share dgn org lain.. btw thank you :')

    ReplyDelete