Saturday, 12 January 2013

Suka Pendam

Assalamualaikum



Assignmentsss yang melambak, lab report yang menggunung, tests yang berduyun. Fuhhh jadi food tech student memang mencabar but...

lately ni aku rasa aku dah lain do.. haaa??? Tak tau kenapa ?? Tak tau nak mengadu kat siapa. Lagipun aku ni jenis suka pendam sendiri lagi-lagi kalau benda tu menyedihkan. Aku tahu kalau kita pendam lama-lama sampai jadi pekasam, memang makan diri sendiri tapi nak buat macam mana?? Kekadang masa lepas solat, aku nangis, depan orang lain, aku gelak macam orang gila, macam orang happy-go-lucky je. Sungguh aku rasa emosi aku tak berapa nak stabil sekarang ni. Ya Allah kenapa dengan hamba-Mu ni??

Ya Allah jadikanlah diriku setabah Sumayyah, secekal Zinnirah, sehalus pekerti Rabiatul Adawiyah, semulia Khadijah, sepintar Aisyah, setaat Assiah dan seharum pusara Masyitah ;)

al-Insyirah ayat penenang jiwa. Thank you ya Allah for this love letter :')

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?

(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(6) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).







teeeeeeettttttt emo gila entry ni.. air masin dah bertakung overload dan mula melimpah hingga ke ladang gandum.. 
Wake up Athirah ! YoU'RE A STRONG GIRL :')

Monday, 7 January 2013

UiTM Intelligence Challenge Series

Assalamualaikum


Aku terjoin program ni atas dasar kasihan dan kemanusiaan yang tinggi si RABITAH metot sorang ni. Ada akak senior jengah dia kat bilik and pujuk-pujuk masuk mende alah ni, terus dia pun kata OKAY.. Maka aku ni antara mangsa keadaan jugak lah kan..


Pendaftaran secara mengejut wooo but it's okay, semua dah ikhlaskan diri. Tapi dalam hati takut ni tengok group komander, group ladang sebab dorang mesti laju gila.. Pergh and ada checkpoints and aku punya dari tangki air ---> masuk hutan ---> pi LT. Route aku agak senang sebab dalam hutan redup, lari je la. Aku pun dah pernah masuk hutan tu (pergh bajet)  tapi bila jawab soalan..


Soalannya bebunyik begini...

1. Berapa benua kat dunia dan NAMAKAN.... (geografi weh.. )
2. World cup amende tah
3. Paus terbesar
4. Nama angkasawan negara (ni je aku jawab dengan yakin sambil sengih-sengih
TAPI aku kena penalti sebab soalan gila nombor 1 tu... gggrrr


Ehem yang tak sangka tu, kitorang dapat 2nd place. Ahaks sangat membanggakan, terharu semua ada la. Dah la first time masuk, alih-alih menang? Eheh sengih kambing je la kan.. WELL DONE TEAMMATES !




Thursday, 3 January 2013

HAPPY NEW YEAR 2013

Assalamualaikum








Haaaa tahun baru sudah. Celebrate di mana? I-City? Pfttt takdo tompek lain ko? Ekau tau dok area Seksyen 7 tu doh makin sarat lagi padat? Depan umoh den pon boleh sosak. Siap ada hon-hon bagai tu.. Eh menyirap la den. Merata la orang sambut tahun baru masihi dengan meriahnya. Tapi takde pulak yang buat solat hajat sempena tahun baru kan?? Kalau ada, alhamdulillah. Tapi masa maal hijrah, sangatlah ber-ala-kadar. Hmm people nowadays.. Azam baharu sempena tahun baharu?? Azam lepas dah berjaya? Hmm krik krik sentap den. Anugerah Dekan tu azam aku lama aku. Yang baharu ?? 



1. Nak ikut time time table yang comellote untuk jadi pelajar cemerlang. Aamiin
2. Nak rajin jogging so badan jadi fit aka kurus
3. Tak nak balik selalu nanti tak belajar kat rumah
4. Nak jadi aktif, kumpul kupon bebanyak, join aktiviti selarat mungkin, gain experience, masuk hutan, camping.
5. Nak cari kawan bebanyak. Orang kata, berkawan biar beribu. Kannn




And use this as a guidance. AisyahShakirahyouareamazing. Peace ;)

p/s: Tahukah anda, entry ini ditulis dengan menggunakan wifi UiTM yang selama ni aku pandang dengan sebelah mata ala-ala Pirates of the Carribean? Percayalah walaupun aku macam tak berapa nak percaya wifi dah makin laju.

Sunday, 30 December 2012

AZAB TONSIL

Assalamualaikum


Mak aih lamanya tak membebel panjang-panjang.. tup tup keluar entry tonsil?? Apakah?? Motif?? Cuma nak cakap, aku pernah ada tonsil. Tu je. Maybe ada yang pernah dengar, tapi tak tahu amende alah tu kan? Google je secara percuma dengan menggunakan wifi jiran anda. Hah. Senang cerita la kan, based on my own experience, tonsil tu memang menyakitkan tahap petala kelapan. Sakit wooooooo. Simile dia macam sakit bagai dihiris pisau pembunuh upahan yang tajam gila bapak tu. 




Obviously ni bukan mulut aku. Ni gambar ihsan si google.


Sepanjang cuti krismas seminggu tu, aku dah jadi macam orang bisu yang hanya mampu menggunakan bahasa isyarat. Serius ni. Aku nak telan air liur pun perit nak mampos, apatah lagi nak makan, minum, dan bercakap. Kalau nak menyanyi, pergi mimpi je la. 




Like A Boss. I've done that and tengok-tengok ada simptom kanser. What the??


Nak ambik gambar tekak guna phone, macam 'genius' je bunyinya. Aku pun dengan bijaksnya amik torchlight buat gaya ala-ala doctor bertauliah, pergi cermin and say AAAAAAAA... Memang sah tekak aku bengkak lagi merah temah oi. Bila aku google ghupanya aku ada tonsil. Teruk betul la kan, patutnya pergi jumpa doctor dulu, tapi aku? Aku google dulu, dah 5 hari, tu pun setelah dipaksa oleh mak aku, baru pergi klinik. Aku pun dah agak apa yang doctor nak cakap lepas check aku. Woooo bajet..
Ngam-ngam seminggu, ubat antibiotik pun habis, aku dah jadi normal balik. Ahhhhhh azab aku dah lepas. Tup tup kawan aku si ANIS pulak kena penyakit sama. Dah macam main bluetooth pulak dah tonsil bernanah ni... Kami dah kena. Anda bila lagi? wkwkwkwkwkw





 Ni la muka muda-mudi yang sihat riang-ria-raya. Kalau tak, dah macam cekodok penyek jahh...




Friday, 7 December 2012

HAI HAI SEM 2

Assalamualaikum


Huh dah berabad jugak tak membebel kat blog terchenta ni. Ahaks.. Well I'm glad that my housemates are totally better, and cool compared to last sem.. Kak Imani my roommate yang macam budak part 2, padahal dah part 4, microbians lagi taukk.. Anis kepoh dengan Nana kepala gila, tiga serangkai dulu serumah. Atiqah kecik dengan Kak Adel pun kitorang seghumah lagi weyyy. Nasib la kepala ting tong masuk air satu ghumah, memey meghiah deh. Masa tulis blog ni pun tengah dok gelak sakan guling-guling sambil dorang layan drama PASTA ! 

Guess what? Aku tak nangis pun masa nak daftar hari tu. Weheee compared to last sem yang aku boleh banjirkan Kuala Pilah ni. Eh? Ngee


Macam biasa la kalau first week ni memang kelas lopong-lopong je bak kata senior-senior otai aku ni. Lecturer takde, lab takde, mood nak study pun takde lagi. Belum sampai seru. Kononnya, cakap je lah kau malash. Then, first time masuk kelas organic chem and biochem? Pergh memang menguji mental tahap gaban. Mana taknya, kelas berturut-turut dari pukul 8 sampai 12. Memang hari kimia sedunia la ni. Kepala aku dah macam berbintang-bintang ada buruj lagi kot. Haih nasib baik faham la jugok walaupun lambat sikit loading macam pakai wifi UiTM..




 aku akan cuba sedaya-upaya untuk konsisten! 



STUDY SMART HARDLY


Ya Allah kuatkanlah semangat aku untuk menghadapi semester ni dan mendapat Anugerah Dekan. Aamiin 



Hah lagi satu kes aku pergi kelas pakai skirt pun jadi isu. Lawak je classmate aku ni. Kecoh nau. Tahu la aku nampak kasar and selalu cakap lepas je. Memang aku tak berapa reti nak berskirt-skirt ni. Nasib baik colour purple tapi kalau aku pakai hot pink mahu ada yang berdarah gelakkan aku tak ingat donia, tepuk-tepuk tangan macam singa laut ke. Well kalau mak tau ni, sejuk perut mak macam ada air-cond gitu. Cehh


HBU, aku masih kesatria sejati. Ke sebab ada ehemm....?? No comment -__- Yang lain sibuk sangat nak ambik family management. Pergh pergi perjumpaan siap pakai baju kurung dah macam perempuan melayu terakhir kott. Aku pulak gelakkan dorang ! Bhahaha. Btw best do masuk kesat! Aku tak sabar gila bila dengar dorang kata nak masuk hutan lagi, camping, belajar ikhtiar hidup.. Wowowowowowowowow nampak tak ke-excited-an aku. Ho yeah fighting Athirah! You can do it !  





tu je. kbai

Thursday, 22 November 2012

OH HATI !

Assalamualaikum


HATI = HEART





Kalau dulu masa zaman jahiliah sebelum akil baligh, aku ingat ghupa hati cenggini je

=
=
=
=
=

ghupanya bila dah masuk sekolah macam ni pulak..



Bahagia seperti di awangan je muka masa nak kena faham pathway oxygenated deoxygenated blood tu..






Tapi bila dah masuk alam lain a.k.a alam remaja muda-mudi


HATI = L.O.V.E


Kebanyakan homo sapien di muka bumi ni faham love tu indah berbunga pinky lovey-dovey. Maka tercetuslah status di muka buku which is - in relationship-

=
=
=
=
=
=

Malangnya, ada je yang tersungkur kat tengah jalan bahagia-la-kononnya tu.. Then tukar status ke -single, update status sedih, rindu old memmories. Lagi gempak buat hot kat social networks tu kalau clash sebab main kayu tiga konda kondi or ada syaiton lain antara kaum Adam dan Hawa tu. Habis sumpah seranah gaduh macam sengal je -_-




Apa motif aku merapu-meraban-melalut-malut ni? Cuma nak cakap,
jangan gatal sangat, boleh? Umur hang baru setahun jagung manis..

Kalau tengah study, ingat tanggungjawab. Patutnya tiap-tiap malam, revise like a boss dengan nota ceria warna-warni. Tak pun call mak tanya khabar, bukan buat drama ombak rindu dengan balak-awek masing-masing.. Tepuk riang-ria-raya macam anjing laut je si syaitonirrajim laknatullah tu tengok korang gedik overdose dengan ajnabi sampai 2/3 malam.. Bukan main sayang-mayang-darling-maling. 

Bila dah break, haa mula dah bertukar ghupa macam alien planet Musytari tu ha. Makan seperiuk tak kenyang-kenyang, mandi air terjun tak basah-basah, tidur berdengkur terlebih lena macam beruang kutub yang berhibernasi..

Sia-sia semua tu. Aku cakap ni pun berdasarkan pengalaman tengok kawan-kawan aku yang couple. Yang okay, okay la alhamdulillah. Masing-masing pandai bawa diri.Yang K.O. tu, aku macam hmmmm sigh sigh sigh.

Dalam novel CINTA HIGH CLASS yang aku dah baca, ringkasnya ditulis:
perempuan yang baik untuk lelaki yang baik and vice versa la. Kalau kau jenis yang suka tukar couple macam tukar baju je, nanti dapat bini/laki yang sewaktu dengannya.. Itu kan tak high class namanya..

Jodoh kat tangan Allah. Tok sah gedik deh. Allah dah tentukan setiap daripada kita berpasang-pasangan. So first step is, kita kena jadi baik, jadi soleh, semoga pasangan kita juga mempersiapkan diri dia dengan benda yang sama. Semua nak pergi syurga kan? Yang kau dah reda dengan couple kau yang kelaut tu dah kenapa? Tak ingat donia yang fana ni ke?



sweet kann? kann? kann???


p/s: Entry ni tak ada sangkut paut dengan sesiapa pun. Aku cuma nak muhasabah diri and belajar daripada kesalahan orang lain. Sorry kalau ayat kasar and macam overrr shangat. That's all =)




Wednesday, 21 November 2012

CUTI SEMESTER

Assalamualaikum


Masa nak start cuti dulu.. bukan main plan tinggi melangit macam-macam. First on top in my list-to-do is JOGGING. Tapi sayang~~~ jange harap deh. Jogging kat tilam pusing-pusing-lintang pukang-kuak-lentang-gaya bebas ada la. Kejadah yoyoO la nak round tasik berhampiran tu.. Aduss baki cuti tinggal dua minggu dan sekali pun aku tak jejak lagi kat kawasan riadah yang dipenuhi manusia-manusia cargas enggak kayak gue yang udeh seperti badak berendam. Dah kenapa bahasa berubah ni.. Nak kena buang negara?


Okay dalam masa sebulan lebih cuti sem for the first time.. Gaya macam kau tak pernah cuti eh masa sekolah dulu. Kau sekolah negara mana dulu ni?? Persyaitonkan semua itu. Banyak jugak aku buang masa sebenarnya. Masa itu emas, maknanya aku dah cicirkan emas tu.. huaaaa.. 


Tetapi, jengjengjeng...........

eh tetibe pulok pada suatu pagi buta yang nyaman, sedang aku memasang niat untuk mengupdate blog super fabulous ni .. hak tuih aku mendapat panggilan untuk bekerja ! Ngehngehngeh macam tahu-tahu je plan aku memang nak serang taska untuk melihat buah hati aku yang sorang tu. Apa lagi.. Ok kak. No hal..Secara tidak langsung, niat aku untuk menjadi burung hantu pada masa tu terbantut secara mendadak lagi drastiknya gara-gara kena tidoq awai, bangkit awai...





Dorang ingat aku lagi weh. Aww i'm touched. Masa ambik gambar, hmm macam biasa dorang yang gila snap akan buat ekspresi wajah yang cuteness overdose. Lagi-lagi si Ahmad tu. Me love them so much setinggi Gunung Everest, takpun setinggi Niagara Falls. Pun boleh ~



Disebabkan aku ni baik dan mama AHMAD ni pun tersangatlah baik sampai belikan buah tangan dari manamanatempatentah yang dia dah teroka. HANAEYKA pun dapat jugak. Kitorang memang baik gila dengan anak-anak Kak KHAIRIN ni -AHMADBAIMSOFEA-. Thank youuu kak !!





Tak lama kemudian, aku pun berjoli bergumbira menonton wayang dekat Jusco Bukit Raja je pon dengan buddies yang paling sayang kat aku -FARHANA and SYAZA- .. ISTANBUL AKU DATANG + BUDAK PAILANG. Ghabak RM 28 untuk tiket wayang je. Nasib baik aku bayau guna duit hasil titik peluh aku bekerja part time kat taska tu.

Novel tu pulak memang dah lama aku cari. Sho shweett loh. Inilah novel yang wajib dibaca oleh ghemaja le ni. Baguss sangat.. aku bagi la A+++ plus 5 stars.. Tu pun nasib baik ada kupon RM 10 yang menang explorace. Hehe bijaknya saya berbelanja ! Kalau tak harga asal RM 22. Tapi sebab masa tu ada less kat POPULAR, dapat la RM 17.$$. So jimat la pulus aku LAGI. 



Donut melambangkan muka aku yang bulat seperti donut. Fakta. Dah takde hujah lain yang lebih kukuh untuk deny ni semua. Aku redha.



Berjalan sakan. Aku dah mula berhijrah hasil desakan mak aku. Beli
TUDUNG SYRIA
SKIRT
BLAUS

Kalau yang betul-betul kenal aku, mesti pelik sebab ada perkataan SKIRT kat situ. No worries. That's not a typo and I'm in good condition while writing this entry, without any ecstacy!



Dah mak aku takde mood nak masak, terpaksalah aku jadi Yang Mulia Chef Athirah. Masak pakai ikut dan je tapi spaghetti tu, kau jangan pandang sebelah mata eh. Always laku bak pisang goreng yang panas ! Aku campak je daging-fishball-cili api- cili boh-lada hitam-garam-gula. Last sekali pakai je Kimball punya spaghetti sauce tu. Disebabkan spahetti tersangat laku kat kedai, aku rembat angel hair je la. Janji ada ghupa macam spaghetti, nanti masuk perut, hancur lebur juga dek gastric juice tu ! See memang ajaib kalau sesekali beta mencemar duli untuk memasak. -__-




Happy birthday ye Aiman. Masa tu tak 'potong' lagi, memang kau suka-riang-ria-raya. Tapi bila dah 'potong', alaaa gedik overloaded sungguh, aku debik kang baru tau. Bentan forever.. muahaha

by ALONGKEJAM


Tuesday, 20 November 2012

MERLIN vs KOREA

Assalamualaikum


Dah kenapa la TV3 ni takde cerita lain yang nak ditayangkan ke selain Merlin tu? Aku sungguhlah tak faham siapa yang suka benar dengan cerita pelik tu. To me, it's pelik plusplus. Aku rela tengok Harry Potter.


Biarkanlah merlin terjun dengan dinasour-dinasournya



Layan drama Korea lagi ohsemm. Berikut adalah antara drama yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas terik. Muahahaha



TO THE BEAUTIFUL YOU.. woah aku suka gila drama ni. Superb !


CITY HUNTER. Lee Min Ho you're just too awesome! *faint*



PERSONAL TASTE. Hilarious !


FULL HOUSE. Omo cute extravaganza!


MY GIRL. Tok sah habaq la kehebatan cerita ni. Daebak.


HE'S BEAUTIFUL. Kyaaa thumbs up dear chingu!

*gambarGooglejewpon*


AKU ANAK TUNGGAL?

Assalamualaikum


Weh aku cuma anak perempuan tunggal je.. Malangnya, aku bukanlah seorang yang girly lagi feminine. Aku hanyalah aku. Terlampau simple tahap sakai. Eh? Pernah masa nak beli birthday cake AIMAN,

Along, kau pakai macam tu je??? Macam sakai ~
Mak aku sengih dah faham sangat luar dalam perangai aku.

Aku drive je pun, duduk dalam kereta je la..
Adik aku yang lelaki berdandan macam nak kalahkan Henry Golding yang menang SHOUT! Awards tahun lepas je. Hmm sempat la kalau nak buat batas, tanam bayam, siram air, bubuh baja..
masa tu aku pakai tracksuit, t-shirt kuning saiz gajah, kardigan purple, tudung hitam. Aku siap dalam masa 12.5 saat. Sakai ke? Normal je bagi aku..

Cuba-cuba la pakai skirt pulak. Asyik jeans je.
Pakai la blaus pulak. Asyik t-shirt je.
Along tak nak try tudung pesyen-pesyen tu ke??

jawapan aku mudah lagi dipermudahkan
TAK NAK
TAK NAK
LECEH. ALONG SETIA DENGAN BAWAL

Kadang-kadang kesian jugak tengok mak aku dah macam tak ada anak perempuan. Tapi nak buat macam mana, bila aku try-test-cuba-uji pakai, aku rasa macam dah tukar nama jadi Nur Ngilu Geli Gila Pelik binti Ajaib..
Maybe akan datang satu hari yang penuh barakah, aku akan berubah ke arah itu, more feminine sebab sekarang ni baru nak cukup 18 tahun !



Gambaq hiasan je. Cheq tatau nak letak gambaq pa



Friday, 9 November 2012

RESULT SEMESTER 1

Assalamualaikum


9 NOV 2012

Tarikh keramat bagi student-student UiTM. Result dah keluar beb !!! Masing-masing cuak nak check kat student portal. Tapi ada je yang sanggup bersengkang mata menunggu detik 12 tengah malam buta untuk check. Konon nak jadi yang first. Eh? Aku tak se-excited itu. Kalau boleh aku tak nak check pun. Takut frust macam masa SPM. Tapi kawan-kawan aku ni, pagi-pagi matahari baru nak naik, dah serang aku dengan mesej berbaur soalan macam :


Check e-mail. Result dah keluar !  (excited betul bunyinya)

Nyah.. kau dapat berapa?  (aiyo nyah..)
Amacam result? Okay? Dapat berapa? Share la dengan aku.. (sharing is scary)
Woi nenek ! Macam mana?  (macam tu la, moyang..)
Oi berapa pointer? Tell me now !  (oi, aku tak check lagi la)
Ohoi how's results? Mesti dean list kan?  (DL dah berkubur kak oi)
Kau confirm dekan kan?  (perli baek punya)

Punya lah prihatin rakan-rakan seperjuangan aku ni. Bukan main tanya aku. Aku dah cuak nak check. Akhirnya, aku check la jugak.. Berdebaq jantung cheq mengalahkan nampak crush ! 


Apa yang boleh aku cakap.. ALHAMDULILLAH.. walaupun tak capai target dekan tu, at least tak perlu repeat. Tu dah cukup bagus bagi aku. And macam yang aku dah jangka dari awal lagi, BIO and PHY, the most killer subjects, lagi-lagi PHY tu. CACAT result. Nasib baik ngam-ngam passed je.. Kali ni punya exam memang susah tahap tak ingat, soalan luar alam. Kalau buat past years punya soalan, boleh je jawab. Batch kitorang kali ni jadi bahan experiment soalan pelik-pelik ke?????????????? Isk isk



BEL 120
hehe nasib baik, dah la speaking test tunggang langgang. love you miss wong!


CTU101
phew nasib jugak sebab carry mark aku tak masyuk. syukran ya ustazah wan kamariah !


MAT133
okay nasib baik lagi. thank you sir nuzaihan yang sporting dan best !


CHEM138
agak yakin masa jawab. first time dapat A sejak ambik chem dari form 4. terharu. madam siti ajar memang best !


HBU111 
terima kasih pak abu and komander zulfikar ! saya kawad okay ke? haha. tapi masa jawab exam pun, tak ada gaya macam tengah exam. exam hbu paling best !


BIO100
tak tau nak cakap apa sebab apa yang aku baca, tak masuk tapi yang aku tak baca, banyak pulak soalan dia. apa pun thank you madam ilyanie !


PHY130
memang sejak azali aku tak ditakdirkan untuk subjek keramat ni kot. otak aku sangat slow nak loading macam guna wireless uitm untuk digest benda berkaitan dengan physics. apa pun aku dah usaha untuk tanya dan jumpa lecturer. thank you miss mardiana !


But still aku jealous teramat sangat sebab kawan-kawan aku yang kat PALAM ada yang 4.00 flat. Paling tak pun 3.8 something tapi aku hanya... hmmm.. aku bersyukur, rezeki masing-masing TAPI abah aku ada bunyi lain macam sikit.. Haish next sem, I have to study smart hardly, no more main-main, campak tepi sikit FB, TWITTER, BLOG ni. Boleh ke aku buat? Nak dekan tak? Okay challenge accepted !



Meh jadi ulat buku, jangan jadi ulat bulu di muka buku je ~